Usaha pihak berkuasa dan penduduk setempat untuk mengeluarkan tayar yang tersangkut pada seekor buaya di Palu, Sulawesi Tengah akhirnya berjaya.
Difahamkan, tayar tersebut sudah tersekat pada badan buaya itu yang dikenali dengan jolokan ‘buaya berkalung tayar’ atau B3 sejak 2016. Tayar itu berjaya dikeluarkan seorang lelaki dikenali sebagai Tili berasal dari Sragen, Jawa Tengah. Ketika ditemui media, Tili menceritakan dia terlebih dahulu menangkap anak buaya berkenaan sebelum mengumpannya dengan 35 ekor ayam dalam tempoh tiga minggu.
“Saya juga gunakan sejumlah burung merpati sebagai umpan untuk menangkap buaya itu, selain tali sepanjang 300 meter. “Alhamdulillah, usaha saya berhasil dan tayar itu berjaya dikeluarkan dari buaya berkenaan dan selepas itu kami bebaskannya semula ke dalam sungai,” katanya. Aksi Tili disaksikan oleh orang ramai yang berkumpul di Jambatan Palu, Tatura Selatan. Pelbagai pihak termasuk pasukan dari luar negara cuba mengeluarkan tayar itu dari haiwan tersebut namun menemukan kegagalan. Antaranya termasuk hos rancangan National Geographic, Matt Wright dan pengacara Extinct or Alive on Animal Planet, Forrest Galante. Sumber: Utusan
|
Ketika ditemui media, Tili menceritakan dia terlebih dahulu menangkap anak buaya berkenaan sebelum mengumpannya dengan 35 ekor ayam dalam tempoh tiga minggu.
“Saya juga gunakan sejumlah burung merpati sebagai umpan untuk menangkap buaya itu, selain tali sepanjang 300 meter.
dua_chzy replied at 9-2-2022 03:07 PM
Selalu2 la post berita positif dari Ndon duhai @CARI-MAL yang obses dengan Ndon. Takda la warga foru ...
jas7512 replied at 9-2-2022 07:13 AM
I ada kwn baik mmg mak bapak org indonesia pure...ok je mrk ni...so i buat kesimpulan bukan bangsa ...
Pelbagai pihak termasuk pasukan dari luar negara cuba mengeluarkan tayar itu dari haiwan tersebut namun menemukan kegagalan.
Antaranya termasuk hos rancangan National Geographic, Matt Wright dan pengacara Extinct or Alive on Animal Planet, Forrest Galante.
ADVERTISEMENT