CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bau Bangkai! Kedai Nasi Arab Sepi Lepas Lelaki Tabur Tanah Kubur Keliling Kedai

9-2-2022 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8239| Komen: 132

Akibat perbuatan khianat, restoran makanan Arab milik Leisha Sa'adon dan suaminya sepi tanpa kehadiran pelanggan.

Lebih menimbulkan tanda tanya apabila suaminya menemui sisa tanah dalam pasu bunga dan kaki lima di sekeliling kedai mereka di Taman Cahaya Kota Puteri, Masai, Johor.


Sumber: YouTube mStar

Leisha, 40, mendakwa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan seorang pemuda menabur tanah berkenaan sekitar pukul 10 malam selepas kedai ditutup seolah-olah merungkai segalanya.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam selepas saya dah tutup kedai.


“Suami saya perasan dekat belakang pasu ada tanah bertaburan, awalnya saya positif je mungkin ada orang saja buang tanah kot.

“Tapi apabila check CCTV kami lihat ada orang tabur tanah di sekitar kedai saya,,” katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut, Leisha berkata dia dan suami ada bertanya tentang penemuan aneh itu kepada seorang ustaz.


Sumber: YouTube mStar

“Kebetulan ada ustaz dari pusat tahfiz di sini sini WhatsApp beritahu nak datang makan, saya pun dengan tak sedap hati masa tu minta bantuan ustaz untuk tengokkan fasal tanah tu.

“Saya terkejut apabila ustaz cium tanah tu dia kata bau bangkai dan itu adalah tanah kubur," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batu kikir 9-2-2022 09:03 AM
Bersaing la secara sihat.
Pakai ilmu karut marut ni cuma mendapatkan dosa je.  
Quote manzilla 9-2-2022 09:24 AM
batu kikir replied at 9-2-2022 09:03 AM
Bersaing la secara sihat.
Pakai ilmu karut marut ni cuma mendapatkan dosa je.

Hanya berkesan untuk kedai Melayu saja. Cuba buat dekat Starbucks Coffee, McD, atau nasi kandar Line Clear.
Quote noor2 9-2-2022 09:31 AM
manzilla replied at 9-2-2022 09:24 AM
Hanya berkesan untuk kedai Melayu saja. Cuba buat dekat Starbucks Coffee, McD, atau nasi kandar Li ...

Betulla....pelik juga eh..knp kat KFC x nk pulak depa tabur tanah kuboq

Quote zarul427 9-2-2022 09:33 AM

sgt pelik
nape kedai melayu sihir mujarab
Quote paz 9-2-2022 09:35 AM
Kasihan, yang buat jahat ni tak pikir ke perbuatan dia tak betul?
Quote zacEfron 9-2-2022 09:39 AM
ini lah perangai melayu hanat tak hilang di dunia
Quote harkktuih 9-2-2022 09:43 AM
x penah lg dgr fast food chain guna mak esah utk lariskan bisness memasing atau cuba jatuhkan  competitor memasing kan..
Quote Adrif 9-2-2022 10:00 AM
zarul427 replied at 9-2-2022 09:33 AM
sgt pelik
nape kedai melayu sihir mujarab

kenapa diorang tak attack Mcd, KFC, Marry Brown bagai eh
Quote Adrif 9-2-2022 10:08 AM
sedara aku berniaga kat kawasan kampung. setiap hari lepas Subuh, dia dah start uli doh. lepas tu buh inti. jual start pukul 9 pagi camtu kat gerai kecik dia. sebijik dalam RM1.20 je. gerai hujung kawasan, tak kacau orang lain. duduk sorang2 je. orang pun senang berhenti beli, tak sesak jalan.

itu la sumber kewangan dia nak tanggung bini, anak 2 orang. jual pau.
itupun orang letak tanah kubur, paku, syiling lama.
aritu dia mengadu, customer tanya kenapa lama tak bukak kedai.
padahal dia tunggu berhari2 orang tak singgah. merosot jualan. rupanya orang tak nampak kedai dia. sampai macam tu sekali dengki manusia
Quote Straya 9-2-2022 10:10 AM
Yg buat ni mesti ada warung jugak.Masak tak sedap ada hati nak dengki kat orang.kfc,starbucks,mcdonalds takpe sebab bukan melayu punya [em:29:]
Quote Prickford 9-2-2022 10:16 AM
Straya replied at 9-2-2022 10:10 AM
Yg buat ni mesti ada warung jugak.Masak tak sedap ada hati nak dengki kat orang.kfc,starbucks,mcdona ...

Food chain mcm Starbucks, KFC, McD memang terang2 bukan pesaing warung2 atau kedai makan biasa2 ni. So takde point nak tabur tanah kubur
Quote Straya 9-2-2022 10:17 AM
Adrif replied at 9-2-2022 10:00 AM
kenapa diorang tak attack Mcd, KFC, Marry Brown bagai eh

Dah yang buat tu pun taraf kucing kurap aje.warung kecik masak tak sedap.kfc,mary brown bukan orang melayu punya jadi takpe la
Quote kyrana 9-2-2022 10:21 AM
Kiranya owner2 kfc mcd bersaing secara sihat la tak main mak esah.

Teruk beno kurafat betul berniaga cara macam ni.
Quote syamzana 9-2-2022 10:24 AM
manzilla replied at 9-2-2022 09:24 AM
Hanya berkesan untuk kedai Melayu saja. Cuba buat dekat Starbucks Coffee, McD, atau nasi kandar Li ...

line clear tak perlu tanah kubur bau bangkai sume ni, tikus gemok2 bertebaran pun org keliling beratur membeli. stakat bau bangkai ape hal
Quote hareeeesah 9-2-2022 10:25 AM
Mmg never ending la cerita gini..
Cina pun ada tau buat benda ni tp very rare case la sedara aku kena utk jawatan in a big company.. cina tu pakai sami budha. Berbulan sedara aku sakit, pegi hospital check up semua, end up doctor suruh cuba cara lain berubat sbb dia x boleh ckp apa mmg x nampak sakit tang mana..
Quote Dwdrum 9-2-2022 10:27 AM
Ada lagi yang percaya cerita begini kah?
Quote lasagnaklcc 9-2-2022 10:34 AM
Maybe betul la ada bukti cctv. Yg sedara jauh i sorg ni, dia kata kedai kena bomoh tanya kitorg tau tak mana2 bomoh yg bagus. Ingat kita main bomoh agaknya. Pdhal bukak kedai western area kg harga mknn rm20 ke atas, mana nak laku.
Quote dua_chzy 9-2-2022 10:42 AM
Adrif replied at 9-2-2022 02:08 AM
sedara aku berniaga kat kawasan kampung. setiap hari lepas Subuh, dia dah start uli doh. lepas tu bu ...

Manusia gitu la. Orang tak kacau dia pun, dia nak mendengki. Bodo. Macam ustaz ngan ustazah sekolah aiol. Takat niaga kepek ubi kampung (weol panggil ubi bongolon. Tatau apa nama and if available ka idok di Semenanjung) huntok suka2 isi masa lapang pun, ada yang dengki nganto setan kaco bisnes meka yang kecil-kecilan tu ya. Hasilnya, goreng ubi sampai 30 minit pun tak masak. Kepek tak jadi. Aiyoyo. Pehtu nampak hantu/hada gangguan kat rumah meka. Now meka dah malas bisnes padehal sedap kepek meka. Setaz ni hada OCD so bila masak memang perfect kejadian. Orang lain buat @ niaga menda sama, tak macam meka punya air tangan. Tu kot dengki...
Quote dodolgemok 9-2-2022 10:44 AM
Busuk2 pon melayu kita jua kan? Maafkan lah heshe...

Lihat semua komen(132)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.061771 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top