CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bangga Buat Video Tayang Kepala Isteri Yang Dipenggal

9-2-2022 08:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3148| Komen: 25

Description: Sebuah rakaman video memaparkan tindakan seorang lelaki tergamak menayangkan kepala isterinya yang dipenggal kerana didakwa berlaku curang telah menggemparkan Iran.
Sebuah rakaman video memaparkan tindakan seorang lelaki tergamak menayangkan kepala isterinya yang dipenggal kerana didakwa berlaku curang telah menggemparkan Iran.


Agensi berita ISNA yang dipetik AFP melaporkan mangsa, Mona Heidari, 17, dibunuh dengan kejam oleh suami dan iparnya ketika kejadian di bandar Ahvaz.

"Kedua-dua suspek berjaya diberkas pada Isnin," jelas laporan itu lagi.


Suspek telah ditahan pihak berkuasa pada Isnin. - Foto Agensi

Susulan insiden mengerikan itu, Naib Presiden Hal Ehwal Wanita, Ensieh Khazali menggesa Parlimen untuk mengambil langkah segera selain pihak berkuasa meningkatkan kesedaran terhadap orang ramai sebagai usaha mengelakkan kejadian sedemikian.


Kebanyakan akhbar tempatan dan pengguna media sosial turut menzahirkan kemarahan terhadap insiden pembunuhan tidak berperikemanusiaan itu sekali gus menuntut pembaharuan sosial dan undang-undang.

"Seorang individu dipenggal kepalanya dan suspek yang melakukannya berbangga dengan tindakan kejam itu. Bagaimana kita boleh menerima tragedi ini dalam masyarakat? Kita mesti bertindak supaya pembunuhan seperti ini tidak berlaku lagi," menurut akhbar Sazandegi.

Media tempatan melaporkan mangsa berusia 12 tahun ketika berkahwin dan turut mempunyai anak lelaki berusia tiga tahun.

Difahamkan, pihak berkuasa bertindak menutup laman berita Rokna gara-gara ia menyiarkan rakaman video tular tersebut kerana didakwa 'mengganggu psikologi masyarakat'.

Pada Mei 2020, seorang lelaki dihukum penjara sembilan tahun selepas bertindak memenggal kepala anak perempuannya berumur 14 tahun yang menjadi mangsa 'pembunuhan kehormatan' yang turut mengundang kecaman masyarakat. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 9-2-2022 09:49 AM
honor killing



hukum kaw2 ni


bnykkn promo kesedaran

this is too much

Quote Straya 9-2-2022 10:27 AM
Babi punya manusia.Ntah perempuan tu tak curang pun.Malang nasib lahir dlm komuniti ekstrem,pandang perempuan mcm sampah
Quote hareeeesah 9-2-2022 10:29 AM
Awalnya kawin.. 17 baru nak kenal tgk dunia luar.
Giler mental punya laki
Quote darkness 9-2-2022 10:32 AM
Manusia xda otak
Quote copy_paste 9-2-2022 10:34 AM
honor killing ni hukuman x berat pun, sbb tu masih berlaku,
nak buat cmne masyarakat negara  tu masih kuat mengamalkan tradisi tu,
Quote AbukRokok 9-2-2022 11:03 AM
shiah mmg mcm tu
xmcm kita sunni baik2 melaka
Quote LoveSungmin 9-2-2022 01:03 PM
gila betul! bangga pula bawa kepala tu tunjuk kat orang
Quote Artemesiaa 9-2-2022 01:05 PM
Kejamnya perbuatan, mengerikan juga
Quote liyamariska 9-2-2022 03:44 PM
Makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Quote lolipopmanish 9-2-2022 04:06 PM
Mental ke ape ni
Quote lemak_masin 9-2-2022 04:53 PM
Kerajaan depa ni takleh ke wat law dan hukuman berat utk hapuskan tradisi ni.. gilerr betul!
Syukurlaa kita dilahirkan di Malaysia..
Quote Skuau 9-2-2022 04:56 PM
adakah bini dia betul/benar2...curang???
Quote OyaTonggek 9-2-2022 04:57 PM
punyalah dunia dh beredar jauh tradisi kuno kejam ni jugak diikut lagi..asal pompuan je ko tindas...hanattt punya jantan
Quote achinto 9-2-2022 05:43 PM
sedih honour killing ni. betul2 buat perempuan macam sampah
Quote AnnaSendin 9-2-2022 05:50 PM
hareeeesah replied at 9-2-2022 10:29 AM
Awalnya kawin.. 17 baru nak kenal tgk dunia luar.
Giler mental punya laki

Arwah kawen umur 12 taon, dapat 3 anak, umur 17 taon meninggal di tangan jantons tagune. 12 taon sangat hijau yach. Rasanya kena kawen paksa.
Quote AnnaSendin 9-2-2022 05:52 PM
Bunuh orang kena 9 taon jur penjara? Budus punya pak iran syiah laknatullah. Undang2 deols nieyh memang so patriarchy, gegadis deols buat macam pelacur ajer.
Quote angelofish 9-2-2022 05:52 PM
kalau keturunan ras Caucasian ni memang suka honor kiling ke? pakistan hindustan iran
Quote Dwdrum 9-2-2022 06:02 PM
Iran jangan murtad saja.. Membunuh sama sendiri hukuman ringan..
Quote hareeeesah 9-2-2022 09:27 PM
AnnaSendin replied at 9-2-2022 05:50 PM
Arwah kawen umur 12 taon, dapat 3 anak, umur 17 taon meninggal di tangan jantons tagune. 12 taon s ...

Eh 3 anak ke anak umo 3 tahun ni? Tula dorg belah sana mmg byk kes kawin paksa kan.. muda sgt lagi & mmg kebergantungan pd laki tu 100% kan.. kesiannya kat anak tu nanti besar tanya pasal parents..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.055542 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top