CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hampir 90 Peratus Wartawan Wanita Alami Gangguan Seksual

9-2-2022 08:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1024| Komen: 4

Description: Berdasarkan kajian PR2Media pada akhir 2021, hampir 90 peratus wartawan wanita di Indonesia mengalami gangguan seksual dalam karier mereka.
Berdasarkan kajian PR2Media pada akhir 2021, hampir 90 peratus wartawan wanita di Indonesia mengalami gangguan seksual dalam karier mereka.

Lapor Suara.com, kajian menunjukkan majoriti wartawan wanita di negara itu iaitu sebanyak 86 peratus pernah mengalami gangguan seksual secara fizikal dan digital.


Gambar hiasan

Masalah itu disifatkan berat memandangkan Indonesia belum mempunyai perundangan yang boleh melindungi wartawan wanita daripada serangan seksual.

Kajian dilakukan pada Ogos hingga Oktober 2021 itu melibatkan 1,256 wartawan wanita di 191 bandar dan daerah yang mewakili Indonesia di bahagian barat, tengah dan timur.


Sebanyak 1,077 atau 85.7 peratus wartawan wanita di negara itu pernah mengalami serangan seksual dan hanya 179 responden (14.3 peratus) tidak berdepan masalah terbabit.

Antara serangan seksual paling banyak dialami golongan tersebut adalah berkaitan bentuk tubuh atau ‘body shaming‘ secara lisan atau bersemuka.

Selain itu, wartawan juga sering terdedah dengan serangan seksual secara digital.

Menurut kenyataan responden, serangan seksual sering berlaku berkaitan kerjaya mereka dan jantina.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 9-2-2022 08:49 AM
Baik takyah pakai pakaian menjolok mata walaupun tanpa tudung..
Quote musangbodoh 9-2-2022 10:01 AM
ceh indon juga
Quote copy_paste 9-2-2022 10:15 AM
wartawan diorg sane mmg sexy,biasa la tu,ape guna pakai sexy kalau x leh usik
Quote ifanonline 9-2-2022 10:16 AM
wanita2 indon ni suka seksi2 di tempat kerja...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.128521 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top