CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Aku Sinovac, Solat Sunat Banyak-banyak" - Achey

9-2-2022 08:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4710| Komen: 31

Muat naik pelawak terkenal dan verstail tanah air, Achey di Instagram menarik perhatian orang ramai di media sosialnya. 

Perkongsian itu berikutan kenyataan Menteri Kesihatan, di mana penerima vaksin jenis Sinovac perlu mendapatkan dos penggalak sebelum 1 Mac ini.

Kenyataan dikeluarkan Khairy Jamaluddin itu membuatkan Achey pening kepala kerana dirinya merupakan penerima vaksin jenis Sinovac dan dalam hantarannya, dia mengatakan hanya mampu melakukan solat sunat.



Melihat perkongsian pelawak terkenal itu di media sosial, orang ramai mula membanjiri ruangan komen posting tersebut. 


Ramai berkongsi pandangan mereka dengan meluahkan rintihan hati yang risau dan ada juga yang berkongsi pengalaman telah menerima dos penggalak secara positif.


Kredit foto: IG Achey

Untuk makluman, Menteri Kesihatan mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Malaysia yang menerima vaksin jenis Sinovac perlu mendapatkan dos penggalak sebelum 1 Mac ini nanti dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan status di aplikasi MySejahtera sebagai tidak lengkap.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 9-2-2022 12:11 PM
tutup muka pun dah rimas telinga terdengar suara bingit heols... hahahahaha nyaringgg bingitttt
Quote laksmanabentan 9-2-2022 12:15 PM
prince_marhaen replied at 9-2-2022 12:11 PM
tutup muka pun dah rimas telinga terdengar suara bingit heols... hahahahaha nyaringgg bingitttt

ada juga yang sama dengan aku..... legaaa....

Quote prince_marhaen 9-2-2022 12:22 PM
laksmanabentan replied at 9-2-2022 12:15 PM
ada juga yang sama dengan aku..... legaaa....

hahaha iols tak boleh sejak dia masuk bintang cari bintang tu apa ntah... ya ampunnn rasa nk putus telinga kalau dengar dia cakap, terjerit2 saja.. seboleh-boleh nak pekatkan dia punya sebutan ala-ala jawa Labis Johor konon, padahal meols org Joho pun tak cakap macam tu..
Quote mizruncing 9-2-2022 12:32 PM
kesian sapa ambik sinopal. tak memasal kena booster plakk
Quote laksmanabentan 9-2-2022 12:39 PM
prince_marhaen replied at 9-2-2022 12:22 PM
hahaha iols tak boleh sejak dia masuk bintang cari bintang tu apa ntah... ya ampunnn rasa nk putus ...

kannn... over sangat, tak natural...

Quote TomyamPuteh 9-2-2022 12:54 PM
Diva Puk Puk tersenyum sinis.
Quote imrb 9-2-2022 12:59 PM
untunglah boleh hold2 aku frontliners ni redha kena cucuk.. bising plk korang… By the way aku pfizer
Quote bambimbom 9-2-2022 01:02 PM
nak cari makan kan.. nak cari job kan.. amek ajela booster tu..
Quote TabletSusu 9-2-2022 02:09 PM
abah aku sinovac, abah mentua sinovac jgk.. aman2 dpt booster pfizer.. elok je dua2 x demam x sakit. alhamdulillah

Mak aku pfizer, dpt booster pun pfizer. pun sama alhamdulillah x demam x sakit.

Mak mentua AZ, blm ambik bosster sbb baru je sihat dr keuzuran. insyaAllah mak kata nexwik nak pi

yg aku dgn suami AZ, dpt booster pfizer.. demam keesokan harinya. tp sehari je lah. lps tu ok dah. setakat lenguh tgn lps cucuk tu biasalah.

eh.. tp bkn ke dr last year KKM dah bgtau pasal sinovac mmg kena cucuk booster awal
Quote Jijoli 9-2-2022 02:21 PM
Edited by Jijoli at 9-2-2022 02:24 PM

Aku no hal  dgn booster vaksin ni, yg aku kisah iklan bodoh body shaming  KKM kat tv tentang bantut suruh makan makanan berkhasiat, kalau nak buat pun cari lah idea lain.,takdanya  makanan sebabkan bantut yg biasa jumpa sebab genetik, habis Jepun yg maju tu ramai yg rendang2 sebab kurang makan berkhasiat ke camna, Korang tenggoklah athlit sukan Jepun kebanyakkanya rendang2
Quote sleepandream 9-2-2022 02:26 PM
teringat benang ifa raziah pukpuk dolu ramai puji2 sinovac banding2 dgn pfizer
Quote Zeatyisaac 9-2-2022 03:11 PM
I Pfizer tapi tetap ambik booster. Alhamdulillah, okay je.
Quote anony-mous 9-2-2022 03:26 PM
Jijoli replied at 9-2-2022 02:21 PM
Aku no hal  dgn booster vaksin ni, yg aku kisah iklan bodoh body shaming  KKM kat tv tentang bantut  ...

Makanan boleh sebabkan bantut. Bantut & pendek x sama. Bantut ni sesuai utk budak yg membesar. Ada graf dlm buku biru yg kena follow smpai certain age
Quote Lorra2411 9-2-2022 03:32 PM
Alhamdulillah setakat ni meolss ambik booster okay... x demam... masa first dose je demam...
Quote tintin22 9-2-2022 03:32 PM
Jijoli replied at 9-2-2022 02:21 PM
Aku no hal  dgn booster vaksin ni, yg aku kisah iklan bodoh body shaming  KKM kat tv tentang bantut  ...

kan,ak pon rendang.
selalu kena ejek
Quote gigi 11-2-2022 02:11 PM
Ok je amik booster demi perlindungan diri
Quote AnnaSendin 11-2-2022 10:27 PM
Iols dose 1 & 2 sinovac cina mari. Booster pfizer. Kesan sino pada iols lagi kuat yach daripada pfizer. Setakat nieyh iols ok jurr, masih aman hidup.
Quote katak hijau 11-2-2022 10:42 PM
Orang anti booster ni ntah apa2. Bila kita share pasal experience kita sefamili x demam n xde kesan teruk, cuma lenguh2..boleh dikatanya "awal lagi tu" "tunggu la nanti ada keluarga kau mati sbb booster"

Aku mcm...what?! Aku just share experience sama mcm diorang share experience dpt kesan x elok pasal booster. Aku x pernah pertikaikan pun efek yg diorang dpt tiba2 doa kat org mcm tu.

Bila part dia kata "awal lagi tu nak dpt kesan".. aku tanya tunggu sampai bila? Dia x jawab pun. Aku dgn famili dari november lagi dh booster. Anak2 pun dah vaksin. Cuma nanti anak2 kalau disuruh booster mungkin aku x bagi dulu kot. Dewasa x apa
Quote slyfynx 11-2-2022 11:35 PM
Aku dah booster seminggu lepas.
Sakit2 badan masih ada, dan dada terkadang rase sesak and jantung agak laju.
Bukan setiap masa la tapi.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.056759 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top