Tular sebuah video di Indonesia memaparkan situasi seorang jurunikah bertanyakan beberapa soalan kepada pengantin lelaki semasa sesi ijab kabul, lapor laman berita Suara.com.
Video dimuat naik akaun TikTok @khalifastudios itu menunjukkan pengantin lelaki lengkap berpakaian putih duduk di hadapan jurunikah. "Setelah kahwin, nak ada anak?" tanya jurunikah. Setelah pengantin lelaki tersebut mengiyakan soalan tersebut, jurunikah seterusnya bertanya apa kriteria anak yang diinginkan.
"Saya mahu anak soleh dan solehah," jawab pengantin lelaki. Jurunikah pun menasihati bahawa perlu memulakan persetubuhan dengan berdoa sebelum bertanyakan lagi sama ada pengantin lelaki sudah menghafal doa itu atau belum. Setelah dijawab tidak, jurunikah itu terkejut lalu menasihatinya untuk menghafal doa tersebut. Rata-rata tetamu yang hadir turut terhibur dengan situasi tersebut. "Nasib baik pakai pelitup muka, malunya kalau orang ramai tengok," ulas netizen lain. Sumber: Kosmo |
batmana replied at 9-2-2022 04:49 PM
mana bole tanya cmtu kt public, aib la dia
bukan semua benda bdk tu tau
ADVERTISEMENT