CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Propose Article Lihat artikel

Lindsay Lohan nak kahwin

8-2-2022 05:27 PM| Diterbitkan: NaylaArisha| Dilihat: 1006| Komen: 2|Original author: mattzzx

Description: Los Angeles: Impian peminat untuk menyaksikan pelakon kesayangan mereka, Lindsay Lohan, 35, melangsungkan perkahwinan menjadi kenyataan. Ia berikutan pelakon filem The Freaky Friday ini memaklumkan d ...

Los Angeles: Impian peminat untuk menyaksikan pelakon kesayangan mereka, Lindsay Lohan, 35, melangsungkan perkahwinan menjadi kenyataan.

Ia berikutan pelakon filem The Freaky Friday ini memaklumkan dia kini sudah melakukan beberapa persiapan menjelang majlis perkahwinannya tidak lama lagi.

Lohan berkata, dia sudah menempah beberapa pasang gaun yang akan dipakai pada hari bahagiannya itu.

"Saya sudah berbincang dengan kawan saya mengenai gaun. Mungkin beberapa pasang gaun," katanya. Lohan juga sentiasa kelihatan tenang walaupun majlis perkahwinannya akan berlangsung tidak lama lagi "Saya bukan seorang yang kelam-kabut. Contohnya seperti majlis hari lahir saya, saya mahu pastikan semua orang dalam keadaan baik. Kemudian, barulah saya okey.

"Saya mahu semua perkara dalam keadaan betul dan mengikut susunan yang ditetapkan," katanya.

Lohan sebelum ini berkongsi berita gembira dirinya sudah bertunang dengan bakal pegawai bank, Bader Shammas pada 28 November tahun lalu.

Pasangan itu mula dikaitkan selepas dilihat bersama menghadiri sebuah festival muzik di Dubai tahun lalu. Lohan dan Shammas kemudian bercinta secara terbuka dan hubungan mereka sangat direstui ibu penyanyi itu, Dina.

Terdahulu, bintang filem Mean Girls itu pernah bertunang dengan Egor Tarabasov, namun putus pada 2016.

Dia juga pernah bercinta dengan Stavros Niarchos, DJ Samantha Ronson, Wilmer Valderrama dan Aaron Carter.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote electricopop 8-2-2022 03:40 PM
Good for her!
Quote hyie 10-2-2022 02:10 PM
so sheols kena convert to Muslim lah ye pasni

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.047653 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top