|
Los Angeles: Impian peminat untuk menyaksikan pelakon kesayangan mereka, Lindsay Lohan, 35, melangsungkan perkahwinan menjadi kenyataan.
Ia berikutan pelakon filem The Freaky Friday ini memaklumkan dia kini sudah melakukan beberapa persiapan menjelang majlis perkahwinannya tidak lama lagi.
Lohan berkata, dia sudah menempah beberapa pasang gaun yang akan dipakai pada hari bahagiannya itu.
"Saya sudah berbincang dengan kawan saya mengenai gaun. Mungkin beberapa pasang gaun," katanya. Lohan juga sentiasa kelihatan tenang walaupun majlis perkahwinannya akan berlangsung tidak lama lagi "Saya bukan seorang yang kelam-kabut. Contohnya seperti majlis hari lahir saya, saya mahu pastikan semua orang dalam keadaan baik. Kemudian, barulah saya okey.
"Saya mahu semua perkara dalam keadaan betul dan mengikut susunan yang ditetapkan," katanya.
Lohan sebelum ini berkongsi berita gembira dirinya sudah bertunang dengan bakal pegawai bank, Bader Shammas pada 28 November tahun lalu.
Pasangan itu mula dikaitkan selepas dilihat bersama menghadiri sebuah festival muzik di Dubai tahun lalu. Lohan dan Shammas kemudian bercinta secara terbuka dan hubungan mereka sangat direstui ibu penyanyi itu, Dina.
Terdahulu, bintang filem Mean Girls itu pernah bertunang dengan Egor Tarabasov, namun putus pada 2016.
Dia juga pernah bercinta dengan Stavros Niarchos, DJ Samantha Ronson, Wilmer Valderrama dan Aaron Carter.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|