CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ribut Taufan Ala Tornado Melanda Ipoh, Perak

31-1-2022 09:32 AM| Diterbitkan: usopikhwan| Dilihat: 3708| Komen: 26|Original author: usopikhwan

Description: Mungkin peristiwa ini selalu kita tonton di kaca televisyen di mana angin taufan yang kuat bernama tornado selalu berlaku di negara-negara Eropah.


Mungkin peristiwa ini selalu kita tonton di kaca televisyen di mana angin taufan yang kuat bernama tornado selalu berlaku di negara-negara Eropah. 


Sebaliknya, pada 30 Januari 2022, angin ini melanda Taman Tasek Damai dan Kampung Tawas Ipoh, Perak.


Tular beberapa video amatur berdurasi kurang seminit menyaksikan angin kuat itu menerbangkan berpuluh keping atap rumah dan menjatuhkan beberapa pokok besar.


Peristiwa yang berlaku petang Ahad itu turut menyebabkan banyak fasiliti rumah dan kereta rosak.


 

 

Menurut video dari petikan Facebook M. Kulasegaran MP Ipoh Barat, beliau berkata, “ Ribut yang tak sangka berlaku di sini, ratusan rumah terkesan. Kita ada di sini untuk menolong mereka, nampak serius tetapi apa yang baiknya tiada yang cedera. Kita akan tolong seberapa boleh dan mendapatkan bantuan untuk mereka”.


                                                    SUMBER: FB 

Jurucakap Jambatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM ) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.40 petang. Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati beberapa pokok tumbang dan beberapa buah rumah rosak. Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini tetapi pemantauan lokasi masih diteruskan, lapor BH Online


 

Khabar yang kurang mengembirakan apabila kebanyakan penduduk di sana merupakan warga berbangsa cina. Semoga mereka tabah menghadapi bencana ini dan dapat menyambut TAHUN BARU CINA dengan baik.  - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 31-1-2022 12:19 PM
cuaca cerah. takde hujan.

tiba2 ribut taufan

orang Malaysia pulak takde persediaan, atau knowledge bila bencana2 macam ni berlaku

harap semuanya selamat.

dan sekiranya berlaku lagi, mohon jauh kan diri dari tingkap, kaca,
dan kalau bumbung tu nak runtuh, berlindung bawah meja, supaya tak dihempap syiling roboh
Quote Tembikaigoreng 31-1-2022 10:03 PM
Kalau macam nie actually nak buat apa?? Stay Dalam rumah or lari? Takutnya
Quote ninja boy 31-1-2022 10:43 PM
nangka bergelimpangan
Quote kakikuDibibirmu 31-1-2022 11:13 PM
Sungguh tak disangka-sangka, cempedak dah jadi nangka, memang unsangkarable
Quote she 31-1-2022 11:29 PM
ninja boy replied at 31-1-2022 10:43 PM
nangka bergelimpangan

Cempedak di luar pagar cik oiiii

Nangka body dia xde curvy2

Done body shaming nangka hahahahahaha
Quote she 31-1-2022 11:33 PM
Tembikaigoreng replied at 31-1-2022 10:03 PM
Kalau macam nie actually nak buat apa?? Stay Dalam rumah or lari? Takutnya

Duduk diam sambil peluk peti ais

Kalau pasangan size peti ais
Boleh bergantung harap pada dia

Tapi kalau dah termasuk dalam tu
Mudah2an keluar jadi Oz The Great & Powerful
Quote dua_chzy 31-1-2022 11:35 PM
Tembikaigoreng replied at 31-1-2022 10:03 PM
Kalau macam nie actually nak buat apa?? Stay Dalam rumah or lari? Takutnya

Kalau hada bath tub, dok dalam bath tub. Pernah baca tips ni, kokesen bagi. Peratus terselamat tinggi katanya sekiranya bath tub tu diterbangkan tornado. Kalau takda, ai pun tatau nak escape kat mana.
Quote sharlenetexas 31-1-2022 11:44 PM
Dorothy wizard of oz tu macamana boleh selamat?

Quote Tembikaigoreng 1-2-2022 12:04 AM
dua_chzy replied at 31-1-2022 11:35 PM
Kalau hada bath tub, dok dalam bath tub. Pernah baca tips ni, kokesen bagi. Peratus terselamat tin ...

Aduhh bath tub pula, rumah cam Aku nie gayung je ada.
Quote Tembikaigoreng 1-2-2022 12:05 AM
she replied at 31-1-2022 11:33 PM
Duduk diam sambil peluk peti ais

Kalau pasangan size peti ais

Okey noted, peluk peri ice
Quote usopikhwan 1-2-2022 01:09 AM
aku bukan pekerja JPAM..tapi pernah p kursus zaman study dulu..fasilitator cerita dekat negara barat setiap rumah ada peti kecemasan macam PBSM pakai tu..pastu ada persediaan mcm air 3 in 1 n makanan segera dalam satu peti..dalam setiap kereta pun ada peti kecemasan..sbb dia cerita bnda tu boleh back up masa bencana..dia cerita kalau tersesat ke apa ke..takde air..klau terdesak air kencing sndiri bole minum...yg air kencing tu aku tak syorkn la..tapi da sampai time setiap rumah dan kereta kena ada peti kecemasan.
Quote FOTHER-MUCKER 1-2-2022 02:24 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 31-1-2022 10:31 AM

Walaupun saya merasa simpati kepada mangsa tragedi ini. Tetapi adakah orang melayu masih ingat selama ini ko orang selalu memperlekehkan tentang keagamaan mereka(orang bukan berugama Islam) kononya sebab itu tuhan jatuhkan bala kepada mereka.
Kononya tuhan akan sentiasa melindungi orang melayu ataupun orang Islam kerana mereka memilih untuk menyembah Allah.

Tetapi kini sudah sebaliknya.

Saya tidak maksudkan melayu di forum ni,

Tetapi kita biasa dengar dari mulut mulut lobai yang berceramah dan lobai jadian tentang bala kepada orang bukan berugama Islam.
Quote kam3n 1-2-2022 02:32 AM
dua_chzy replied at 31-1-2022 11:35 PM
Kalau hada bath tub, dok dalam bath tub. Pernah baca tips ni, kokesen bagi. Peratus terselamat tin ...

Teringat pulak berita ni: https://www.dailymail.co.uk/news ... -Kentucky-home.html

Yang moslem boleh lah letak Al-Quran sekali
Quote renko 1-2-2022 06:15 AM
Mamat viva triton xj6 dah start membantu belum?
Quote MissyMolly 1-2-2022 08:08 AM
she replied at 31-1-2022 11:29 PM
Cempedak di luar pagar cik oiiii

Nangka body dia xde curvy2

Koh2.. sian nangka. Tiada terlepas jua di body shame
Quote Artemesiaa 1-2-2022 11:41 AM
Takziah buat semua yang terlibat kesihan buat mereka yang nak sambut CNY tapi rumah dah rosak
Quote becir 1-2-2022 11:53 AM
Adrif replied at 31-1-2022 12:19 PM
cuaca cerah. takde hujan.

tiba2 ribut taufan

Dlm berita semalam tunjuk sorang pakcik ni duduk luar rumah sibuk bertakbir sambil tengok puting beliung..I tengok pun tepuk dahi pakcik oi gi la masuk rumah tu apa dibuat kat luar buatnya kena strike ngan zink yg melayang naya je..
Quote mbhcsf 1-2-2022 12:32 PM
Edited by mbhcsf at 1-2-2022 12:33 PM

sekarang ni pun climate change , so apa apa pun  agensi kerajaan yang berkaitan dengan bencana atau pengurusan bencana , atau apa apa kaitan dengan subject matter ni  dah memang kena alert dah.
Moga dimudahkan segala urusan bagi yang menjadi mangsa kejadian ini.



Quote pyropura 1-2-2022 03:55 PM
Ribut taufan & tornado tu 2 benda berbeza lah, walaupun berkait. Bodo nya wartawan t as k buat homework.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.056360 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top