View: 2928|Reply: 26
|
Ribut Taufan Ala Tornado Melanda Ipoh, Perak
[Copy link]
|
|
Mungkin peristiwa ini selalu kita tonton di kaca televisyen di mana angin taufan yang kuat bernama tornado selalu berlaku di negara-negara Eropah.
Sebaliknya, pada 30 Januari 2022, angin ini melanda Taman Tasek Damai dan Kampung Tawas Ipoh, Perak.
Tular beberapa video amatur berdurasi kurang seminit menyaksikan angin kuat itu menerbangkan berpuluh keping atap rumah dan menjatuhkan beberapa pokok besar.
Peristiwa yang berlaku petang Ahad itu turut menyebabkan banyak fasiliti rumah dan kereta rosak.
Menurut video dari petikan Facebook M. Kulasegaran MP Ipoh Barat, beliau berkata, “ Ribut yang tak sangka berlaku di sini, ratusan rumah terkesan. Kita ada di sini untuk menolong mereka, nampak serius tetapi apa yang baiknya tiada yang cedera. Kita akan tolong seberapa boleh dan mendapatkan bantuan untuk mereka”.
SUMBER: FB
Jurucakap Jambatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM ) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.40 petang. Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati beberapa pokok tumbang dan beberapa buah rumah rosak. Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini tetapi pemantauan lokasi masih diteruskan, lapor BH Online
Khabar yang kurang mengembirakan apabila kebanyakan penduduk di sana merupakan warga berbangsa cina. Semoga mereka tabah menghadapi bencana ini dan dapat menyambut TAHUN BARU CINA dengan baik. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
cuaca cerah. takde hujan.
tiba2 ribut taufan
orang Malaysia pulak takde persediaan, atau knowledge bila bencana2 macam ni berlaku
harap semuanya selamat.
dan sekiranya berlaku lagi, mohon jauh kan diri dari tingkap, kaca,
dan kalau bumbung tu nak runtuh, berlindung bawah meja, supaya tak dihempap syiling roboh |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau macam nie actually nak buat apa?? Stay Dalam rumah or lari? Takutnya |
|
|
|
|
|
|
|
Sungguh tak disangka-sangka, cempedak dah jadi nangka, memang unsangkarable |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 31-1-2022 10:43 PM
nangka bergelimpangan
Cempedak di luar pagar cik oiiii
Nangka body dia xde curvy2
Done body shaming nangka hahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Tembikaigoreng replied at 31-1-2022 10:03 PM
Kalau macam nie actually nak buat apa?? Stay Dalam rumah or lari? Takutnya
Duduk diam sambil peluk peti ais
Kalau pasangan size peti ais
Boleh bergantung harap pada dia
Tapi kalau dah termasuk dalam tu
Mudah2an keluar jadi Oz The Great & Powerful |
|
|
|
|
|
|
|
Tembikaigoreng replied at 31-1-2022 10:03 PM
Kalau macam nie actually nak buat apa?? Stay Dalam rumah or lari? Takutnya
Kalau hada bath tub, dok dalam bath tub. Pernah baca tips ni, kokesen bagi. Peratus terselamat tinggi katanya sekiranya bath tub tu diterbangkan tornado. Kalau takda, ai pun tatau nak escape kat mana. |
|
|
|
|
|
|
|
Dorothy wizard of oz tu macamana boleh selamat?
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 31-1-2022 11:35 PM
Kalau hada bath tub, dok dalam bath tub. Pernah baca tips ni, kokesen bagi. Peratus terselamat tin ...
Aduhh bath tub pula, rumah cam Aku nie gayung je ada. |
|
|
|
|
|
|
|
she replied at 31-1-2022 11:33 PM
Duduk diam sambil peluk peti ais
Kalau pasangan size peti ais
Okey noted, peluk peri ice |
|
|
|
|
|
|
|
aku bukan pekerja JPAM..tapi pernah p kursus zaman study dulu..fasilitator cerita dekat negara barat setiap rumah ada peti kecemasan macam PBSM pakai tu..pastu ada persediaan mcm air 3 in 1 n makanan segera dalam satu peti..dalam setiap kereta pun ada peti kecemasan..sbb dia cerita bnda tu boleh back up masa bencana..dia cerita kalau tersesat ke apa ke..takde air..klau terdesak air kencing sndiri bole minum...yg air kencing tu aku tak syorkn la..tapi da sampai time setiap rumah dan kereta kena ada peti kecemasan. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 31-1-2022 10:31 AM
Walaupun saya merasa simpati kepada mangsa tragedi ini. Tetapi adakah orang melayu masih ingat selama ini ko orang selalu memperlekehkan tentang keagamaan mereka(orang bukan berugama Islam) kononya sebab itu tuhan jatuhkan bala kepada mereka.
Kononya tuhan akan sentiasa melindungi orang melayu ataupun orang Islam kerana mereka memilih untuk menyembah Allah.
Tetapi kini sudah sebaliknya.
Saya tidak maksudkan melayu di forum ni,
Tetapi kita biasa dengar dari mulut mulut lobai yang berceramah dan lobai jadian tentang bala kepada orang bukan berugama Islam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mamat viva triton xj6 dah start membantu belum? |
|
|
|
|
|
|
|
she replied at 31-1-2022 11:29 PM
Cempedak di luar pagar cik oiiii
Nangka body dia xde curvy2
Koh2.. sian nangka. Tiada terlepas jua di body shame |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah buat semua yang terlibat kesihan buat mereka yang nak sambut CNY tapi rumah dah rosak |
|
|
|
|
|
|
|
Adrif replied at 31-1-2022 12:19 PM
cuaca cerah. takde hujan.
tiba2 ribut taufan
Dlm berita semalam tunjuk sorang pakcik ni duduk luar rumah sibuk bertakbir sambil tengok puting beliung..I tengok pun tepuk dahi pakcik oi gi la masuk rumah tu apa dibuat kat luar buatnya kena strike ngan zink yg melayang naya je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 1-2-2022 12:33 PM
sekarang ni pun climate change , so apa apa pun agensi kerajaan yang berkaitan dengan bencana atau pengurusan bencana , atau apa apa kaitan dengan subject matter ni dah memang kena alert dah.
Moga dimudahkan segala urusan bagi yang menjadi mangsa kejadian ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ribut taufan & tornado tu 2 benda berbeza lah, walaupun berkait. Bodo nya wartawan t as k buat homework. |
|
|
|
|
|
|
| |
|