CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengguna Malaysia Habiskan 9 Jam Sehari Melayari Internet

28-1-2022 05:09 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 746| Komen: 0|Original author: Agent13k

Description: Mengikut data terkini yang dikongsikan oleh Sortlist ia memperlihatkan secara purata pengguna di Malaysia menghabiskan masa sehingga 9 jam 18 minit sehari dalam melayari internet. Ini sekaligus menjad ...
Mengikut data terkini yang dikongsikan oleh Sortlist ia memperlihatkan secara purata pengguna di Malaysia menghabiskan masa sehingga 9 jam 18 minit sehari dalam melayari internet. Ini sekaligus menjadikan pengguna menghabiskan 141 hari setahun dalam melayari internet.

kredit foto: Malay Mail


Petikan dari Amanz, dari segi penggunaan media sosial pula, pengguna Malaysia menghabiskan selama 3 jam 1 minit pada media sosial, membawa kepada jumlah 48 hari dalam setahun pada media sosial. Dari segi aplikasi, Youtube dilihat menjadi aplikasi yang paling lama dihabiskan masa bagi rakyat Malaysia.

kredit foto: esports junkie


Secara keseluruhan, pengguna Malaysia dikedudukan tangga ke-6 dari 10 negara teratas dalam menghabiskan masa paling lama didalam internet. Negara yang mendapat tempat pertama adalah Filipina dengan 10 jam 56 minit sehari, Brazil ditempat kedua dengan 10 jam 8 minit sehari dan Colombia di tempat ketiga dengan 10 jam 7 minit sehari dalam melayari internet. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.040043 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top