CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Botol Syampu Plastik Punca Orang Jadi Gemuk

28-1-2022 02:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2101| Komen: 13

London: Satu kajian baharu mendakwa botol syampu diperbuat daripada plastik sebenarnya boleh menyebabkan individu menjadi gemuk.

Lapor Daily Mail, saintis menemukan 11 bahan kimia yang boleh menjejaskan metabolisme sekaligus menyumbang kepada penambahan berat badan dalam produk harian tersebut.

Antara produk harian itu termasuk botol minuman, span dapur dan perapi rambut.

Kumpulan penyelidik dari Universiti Sains dan Teknologi Norway mengkaji 34 produk plastik berbeza untuk menilai bahan kimia terkandung di dalamnya.

Gambar Hiasan

Mereka menemukan lebih 55,000 komponen kimia berbeza di dalam produk tersebut dan mengenal pasti 629 bahan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 11 bahan kimia dikesan mengganggu metabolisme.

“Eksperimen kami menunjukkan produk plastik biasa mengandungi campuran bahan yang boleh menjadi faktor berkaitan di sebalik berat badan berlebihan dan obesiti,” kata ketua pasukan penyelidik, Martin Wagner. 

Beberapa pakar percaya kebanyakan bahan kimia plastik itu akan kekal dalam produk harian tersebut untuk jangka masa panjang.

Namun, kajian kumpulan penyelidik menunjukkan sejumlah besar bahan kimia itu mampu dilarutkan, sekali gus membolehkan bahan tersebut memasuki memasuki badan.

Eksperimen makmal juga menunjukkan bahan kimia daripada satu pertiga produk plastik menyumbang kepada pembangunan sel lemak dalam badan. 

Bahan dalam produk itu bertindak menyusun semula sel prekursor untuk menjadi sel lemak yang kemudian membiak dengan cepat dan mengumpul lebih banyak lemak.

Kajian itu disiarkan dalam jurnal Environmental Science & Technology. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nikaido 28-1-2022 02:40 PM
Bertahun dahulu mcm penah baca single use plastic bottle (mcm botol air mineral/air gas) menyumbang kepada gemuk
Quote Supersirap 28-1-2022 11:16 PM
Kalau pakai tupperware pun termasuk juga ke?
Quote Orix 28-1-2022 11:56 PM
Air dlm botol plastik pula gi mana ?
Quote Jitu 29-1-2022 01:00 AM
dah tu apa pilihan yg ada
Quote batmana 29-1-2022 04:41 AM
kene cari botol kaca la ni
tapi ada jual ka syampu kaca?
Quote noor2 29-1-2022 08:36 AM
Ko yg melantak x hengat mkn kuat....botol shampoo juga yg disalahkan...
Quote Artemesiaa 29-1-2022 11:21 AM
Dari dulu dah ada kajian macam tu tapi mana ada yang nak ubah sebab faktor kos lebih murah.
Quote mejaputih 29-1-2022 01:12 PM
Ada alternatif lain ke? Kot pakai botol aluminium ke atau tiub mcm ubat gigi? Kalau pakai kaca nnt pecah pula bila jatuh. Nnt tak pasal2 luka pula especially budak2.
Quote anony-mous 29-1-2022 01:23 PM
Alamak!! Lepas ni beli shampoo terus tukar ke botol kaca la
Quote uori 29-1-2022 01:26 PM
okay aku dah ada alasan untuk gemuklah pasni

buka gemok sebab kuat melantak k
Quote edayildiz 1-2-2022 10:50 PM
pttla xmkn pun ttp dk bambam gituh..rupanyaaaa
Quote namr 1-2-2022 10:52 PM
Melantak serupa babi ujung2 salah botol shampoo
Quote Firenzza 2-2-2022 07:22 PM
Cmne chemical botol syampu blh masuk dlm perut? Habis tu botol minyak masak, plastik burger, plastik belacan x sumbang apa2 ke?....mengarut punya kajian

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.055368 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top