Di London, England, seorang lelaki mendakwa dirinya sebagai penderma sperma paling banyak di dunia apabila dia menjadi "ayah" kepada seramai 129 kanak-kanak.
Memetik Kosmo, guru bersara Clive Jones, 66 tahun berkata, jumlah tersebut bertambah apabila dia dapat tahu terdapat 9 lagi bayi yang terhasil daripada "sumbangan" spermanya. Menurut Jones, dia mula menderma spermanya di usia yang agak lewat iaitu ketika dia berusia 58 tahun apabila memuat naik tawarannnya di salah satu laman web pencarian sperma. Ramai yang bertanya kepada Jones mengapa dia memilih untuk mendermakan spermanya secara percuma, namun ia akan difahami jika mereka melihat kegembiraan pada wajah ibu bapa yang menerima "sumbangan" kecil dari Jones. Tambah Jones, kebanyakan klinik atau bank sperma menjual bahan yang didapati secara percuma jadi dia berbangga dapat membantu keluarga yang mahukan anak tanpa mengenakan sebarang caj. Jones belum berhasrat untuk berhenti menderma dan mungkin meneruskan aktiviti itu sehingga bayi yang dilahirkan mencecah angka 150 orang.
Sementara itu, Perkhidmatan Kesihatan Antarabangsa (NHS) menasihati orang ramai untuk mendapatkan sperma dari klinik yang berdaftar bagi mengelak sebarang jenis komplikasi kesihatan yang mungkin akan membahayakan orang. Menurut NHS, mereka tidak boleh menghalang orang awam daripada menawarkan sperma mereka, namun buat ibu bapa, sila rujuk dengan klinik berdaftar kerana pendermaan sperma memerlukan penelitian kesihatan yang bagus. Perlu diingatkan bahawa ia mungkin akan memberi kesan kepada keadaan bayi yang bakal dilahirkan. -CARI |
batmana replied at 28-1-2022 12:30 PM
klu org ni ada penyakit keturunan, apa tk haru ke 150 bayi ni..
~boolean replied at 28-1-2022 01:51 PM
soalan jujur ni, kenapa tak ambil anak angkat?
buapakperut replied at 28-1-2022 03:41 PM
Kalau jumpa muka macam pikor, anak dia la tu
jazaa100 replied at 28-1-2022 03:56 PM
Klu ank angkat.....totally gene mak & bapak org luar....yg ni dia deerma sperma, cantum dgn sperma ...
Decaffeinated replied at 28-1-2022 07:09 PM
sperma wife? ko biar betek
jazaa100 replied at 28-1-2022 07:11 PM
Tak betul ek?....
Decaffeinated replied at 28-1-2022 07:28 PM
sperma yang berenang2 macam berudu tu cari telur perempuan. Google lah kak.
ko jgn pulak kata lel ...
jazaa100 replied at 28-1-2022 03:56 PM
Klu ank angkat.....totally gene mak & bapak org luar....yg ni dia deerma sperma, cantum dgn sperma ...
~boolean replied at 28-1-2022 09:20 PM
maknanya sperma suami langsung tak digunakanlah kan?
aku bertanya sebab pelik yang belah suami tak ...
kakikuDibibirmu replied at 28-1-2022 09:30 PM
Sis termasuk kategori mana tu?
andartu junior - 28-34 tahun
ADVERTISEMENT