CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tumbuk Kekasih Sampai Patah Hidung Sebab Tak Minat Cristiano Ronaldo

28-1-2022 09:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1123| Komen: 15

Description: London – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara empat tahun selepas membelasah kekasihnya dengan alasan wanita itu tidak tertarik kepada bintang bola sepak Manchester United, Cristiano Ronaldo, la ...
London – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara empat tahun selepas membelasah  kekasihnya  dengan alasan wanita itu tidak tertarik kepada bintang bola sepak Manchester United, Cristiano Ronaldo, lapor akhbar Daily Star.


Ross Flynn dituduh melakukan perbuatan itu ketika mereka pulang dari janji temu dan berlaku perbualan tentang siapakah yang lebih tampan antara bekas teman lelaki wanita itu yang telah meninggal dunia atau Ronaldo.

Wanita itu yang menganggap Flynn hanya bergurau,  memberitahu bahawa dia lebih tertarik kepada bekas kekasihnya kerana tidak meminati Ronaldo.


Foto: Chronicle Live


“Suspek menumbuk muka teman wanitanya beberapa kali sehingga dia terhumban ke lantai dan mengalami patah hidung.

“Ini kerana dia tidak dapat menerima kenyataan wanita itu lebih tertarik kepada bekas kekasihnya yang sudah mati berbanding Ronaldo,” demikian menurut kertas pendakwaan di  Mahkamah New Castle.

Wanita itu cuba menerangkan bahawa pemain bola sepak itu tidak termasuk dalam kategori lelaki yang diminati namun tidak diendahkan oleh Flynn. Mereka kini berpisah.

Mahkamah melabelkan Flynn sebagai individu berisiko tinggi untuk mana-mana bakal kekasihnya kelak. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 28-1-2022 10:01 AM
Bf macam ni pun ada?
Quote Tembikaigoreng 28-1-2022 10:38 AM
Bodo nya BF dia.
Quote umbut 28-1-2022 12:01 PM
Gila ke..
Quote Artemesiaa 28-1-2022 12:29 PM
Ada masaalah kejiwaan tu sebenarnya dia nak tanya siapa lebih tampan antara dia dengan ex bf tu.  Ronaldo hanya pancingan disitu.
Quote sukacactus 28-1-2022 01:38 PM
Elok la dah berpisah
Lari, lari jauh2 dr laki mcm ni
Quote darkness 28-1-2022 01:42 PM
Hahahha lawak.
Quote Skuau 28-1-2022 02:05 PM
Edited by Skuau at 28-1-2022 02:06 PM

kang kena gelak ngn penyokong Liverpool....
Quote Jitu 28-1-2022 03:35 PM
gila campur baran laki ni
senang2 je gi pukul org sbb hal kecik mcm tu  
ingat punching bag ke
Quote TeropongThaico 28-1-2022 04:49 PM
Macam tu pun ada
Quote Suchi 28-1-2022 04:53 PM
Emm elok laa berpisah, bosan aihh jantan yg suka amik tau hal2 remeh gini.
Dgn org dh mati pun ko nak dengki. Mmg ko takkan menang laa kalau nak bersaing ngn org yg dh mati better takyah serabutkan pikiran dgn persoalan remeh gini.
Quote mejaputih 28-1-2022 06:10 PM
kat sana mmg kalau fanatik bola tu mmg gile2 fanatik, sanggup bunuh org.
Quote kakikuDibibirmu 28-1-2022 06:19 PM








Quote kaedahnya 28-1-2022 10:11 PM
jelly la tu tengah mabuk ke hapa ke
Quote .HannahMontana. 28-1-2022 10:15 PM
Lelaki cemerlang yang kaya-raya

Lelaki ada rupa serta berbakat

duit berkepuk-kepuk

setakat rambut ko berkepuk ,sekali ketuk keluar habuk elok pergi mampuslah

cristiano ronaldo xde nak buang masa toleh tengok rupa ko yg serupa mangkuk jamban
cisssssssssssssssss
Quote TOPwind 28-1-2022 10:40 PM
ada sorang janda kena lepang sampai senget pipi dia,,oleh bakal duda, sebab dia tak suka Mat Sabu  n

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.055397 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top