Selebriti berbakat besar, Neeta kini bergelar pelakon selepas diberi kepercayaan untuk terbabit di dalam sebuah drama atas talian berjudul Sayap Bagimu baru-baru ini.
Menurut Neeta atau nama sebenarnya Neeta Manishaa,28 ia adalah percubaan pertama nya untuk berlakon. Akui agak kekok dalam drama tersebut, Neeta bagaimanapun mengalu-alukan segala kritikan dan komen daripada orang ramai mengenai lakonannya. “Hari itu saya ada cuba berlakon dan telah pun ditayangkan di YouTube. Tetapi tidak tahu menjadi atau tidak lakonan saya. Saya dah tengok dan agak cringe jadi anda kena tengok dan kalau cringe beritahu saya dan saya akan berhenti berlakon. Kalau rasa ada bakat, saya akan teruskan,” seloroh Neeta.
Bercakap mengenai karier nyanyiannya, pelantun Hanya Mimpi ini berkata nyanyian akan sentiasa menjadi keutamaannya biarpun mendapat pelbagai tawaran dalam bidang lain termasuk pengacaraan.
|
ADVERTISEMENT