CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aidil Aziz Berubah, Ikut Perangai Fasha Sandha

28-1-2022 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2973| Komen: 8

Description: Aidil Aziz mengakui kehadiran Fasha Sandha dalam hidupnya menjadi sumber inspirasi untuk berubah sebagai insan yang lebih baik.
Aidil Aziz mengakui kehadiran Fasha Sandha dalam hidupnya menjadi sumber inspirasi untuk berubah sebagai insan yang lebih baik.

Katanya, keperibadian, sikap menepati masa dan mudah bergaul dengan semua orang terutama sepanjang bekerja di set penggambaran turut memberi kesan dalam rutin hariannya.


Foto: IG

“Isteri saya memang seorang anak seni yang sangat komited dan berdisiplin sejak dulu lagi hingga secara tidak langsung saya pun terikut amalan positifnya.

“Bagi saya disiplin adalah perkara pertama yang kena dijaga kerana dari situ produksi dan pelakon lain tahu kita serius dalam bekerja sekali gus tidak mungkin mahu menyusahkan orang lain,” katanya pada sesi sidang media drama bersiri Tumpang Lalu Bang.




Pelakon drama Camelia itu juga berpendapat sifat ramah yang diamalkan oleh isterinya berjaya mewujudkan hubungan baik antara pelakon dan kru produksi di lokasi penggambaran.

“Dua lagi elemen utama yang sama penting adalah kualiti lakonan serta hubungan kita di set sama ada dengan pengarah, pelakon mahu pun kru belakang tabir.





“Jadi saya cuba mempertingkatkan diri ke arah yang lebih baik. Apabila dikurniakan isteri yang sangat baik, saya perlu jadi lebih lagi dan ini juga antara sebab saya masih bertahan dalam dunia seni.

“Kita berlakon bagus macam mana pun tapi kalau tak jaga masa atau pelihara hubungan baik dengan kawan sekerja termasuk kru memang kita tak ke mana,” katanya lagi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tembikaigoreng 29-1-2022 12:23 PM
Teringin tgk aidil nie Ada rambut panjang sikit
Quote Minami2013 29-1-2022 01:02 PM
Chubby nya rayfal...

Pernah tgk aidil berlakon. Mcm baca skrip je, jiwa nye tak sampai. Maybe sbb watak pun ringan je. Sila belajar juga part ni dgn wifey.
Quote auntyonion 29-1-2022 01:09 PM
Upgrade jgk ease skill berlakon pls dgn fasha
Quote haifawehbe 29-1-2022 08:59 PM
semoga jodoh kalini berkekalan hingga ke akhir hayat..
Quote missHaidiD 29-1-2022 09:14 PM
Pasha ni cntik betol kan
Quote eely_shana 29-1-2022 10:22 PM
Semoga berkekalan ke akhir hayat
Quote esteryen 30-1-2022 12:14 PM
Fasha ni mmg the most wasted artis perempuan in her age. She is still young in her 30s, and her rambut so cantik, tebal2 kepok2, her eyes nose mulut semua cantik terletak tapi she always make herself looks so kepam.
Quote Masukkeluar 30-1-2022 12:24 PM
kenapa org ckp fasha cantik gila? aku rasa cantik dia biasa biasa je dan cara dia dress up mmg out.

tp takpe yg penting bahagia sekeluarga

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.150467 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top