CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Neelofa Pernah Mengidam Makan Nasi Lemak Setiap Hari

28-1-2022 10:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6327| Komen: 70

Description: Setiap wanita hamil, pasti akan melalui fasa mengidam untuk menikmati pelbagai jenis makanan atau melakukan aktiviti tertentu.
Setiap wanita hamil, pasti akan melalui fasa mengidam untuk menikmati pelbagai jenis makanan atau melakukan aktiviti tertentu.

Fasa tersebut turut dirasai selebriti terkenal, Neelofa yang mendedahkan pernah mengidam nasi lemak hampir setiap hari pada awal kehamilannya.

“Pada mulanya saya tak tahu inikah rasa mengandung? Sangat mencabar sebab badan kita berubah ditambah pula dengan ‘morning sickness’ pada trimester pertama.

“Pada awalnya, saya ingatkan tidak akan mengidam tetapi selepas memasuki fasa ketiga kehamilan baru sedar saya mengidam nasi lemak hampir setiap hari,” katanya dalam siaran langsung Instagram bersama penyanyi, Ernie Zakri malam tadi.


Foto: IG



Kongsi isteri kepada pendakwah terkenal, Haris Ismail itu, nasi lemak menjadi antara makanan wajibnya setiap pagi ketika fasa pertama dan kedua kehamilannya.

Namun, keinginannya untuk menikmati makanan popular rakyat Malaysia itu hilang sebaik sahaja kandungannya memasuki fasa ketiga.

“Pada fasa pertama dan kedua, nasi lemak memang kena ada setiap hari.

“Setiap kali bangun pagi mesti akan mula mencari kedai dalam talian yang menjual nasi lemak tetapi selepas masuk fasa ketiga, tiada langsung keinginan untuk menjamahnya,” kongsinya.



Dalam pada itu, pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd. Noor itu memberitahu dia merupakan seorang yang sentiasa mengambil makanan tambahan atau suplemen untuk kesihatannya tetapi semuanya berubah selepas dirinya disahkan hamil.

“Saya seorang yang makan suplemen seperti vitamin tetapi sekarang nak telan pun tidak boleh.

“Makan sikit terus rasa pening dan memang pelik. Itu antara benda yang berbeza sebelum dan selepas hamil,” katanya lagi.

Sebelum ini, seorang peniaga nasi dagang pernah berkongsi tangkap layar Neelofa menempah makanan daripadanya kerana mengidam sebelum melalui proses berpantang tidak lama lagi.



Terdahulu, bekas pengacara MeleTOP itu buat pertama kali berkongsi kepada umum sedang menghitung hari melahirkan cahaya mata pertamanya.

Neelofa sebelum ini juga pernah memaklumkan tidak akan berkongsi mengenai cerita kehamilannya sebaliknya memilih untuk mengumumkan berita kelahiran zuriat pertama kelak.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris selamat bergelar suami isteri pada 27 Mac 2020 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KBW2 28-1-2022 10:46 AM
eh bilamasa hamil, tibah ngidam nasi lemak plop ni?
Quote naina 28-1-2022 10:50 AM
Patut naik 18kg
Nasi lemak hari2
Iols pun kdg2 teringin nasi lemak daun pisang
Dapat jugak makan sehari dua sebelum beranak
Quote babelina 28-1-2022 11:08 AM
semangat btl perut dia.. aku terbayang2 ank dia kulit gebu sbb mak pak pn putih gebu kn..
Quote rifaa 28-1-2022 11:14 AM
iols masa anak 1st pon hari2 nasik lemak
sampai opismet panggil anak iols baby nasi lemak

Quote Suchi 28-1-2022 11:31 AM
naina replied at 28-1-2022 10:50 AM
Patut naik 18kg
Nasi lemak hari2
Iols pun kdg2 teringin nasi lemak daun pisang

Weh dah beranak ke tahniah uolss ingatkan sama2 ngan lofa huhu
Iols dulu masa ngandung ank sulong suami suka makan nasi beriani, manjang dia ajak g makan nasi tu tp iols bkn peminat nasi ade perisa ni tp layan jelaa dia nk makan.
Rupanya anak iols tu yg suka makan hahah semua nasi kenduri ke nasi beriani ke mmg feveret dia. Seminggu sekali mesti beli.
Quote helicornia 28-1-2022 11:45 AM
Kalau nk sorok sgt bab kehamilan, tk payah citer la mengidam sume ni
Quote hashashes 28-1-2022 12:10 PM
Aku teka anak dia boy
Quote orkid_amani 28-1-2022 12:11 PM
Too late to share..org dah xkisah dah aih pasai journey pregnancy dia..
Quote MyLadyMarmalade 28-1-2022 12:30 PM
Ehh jah ngandung ke? Tak tau pun..pandai jah dan isteri simpan rahsia
Quote likilu 28-1-2022 12:45 PM
kesian dari dulu cuba potray life ala princess, semua orang sayang love love n serve chaffeur dia merata, tapi rupanya dari majlis kahwin atur sendiri, bila mengidam pun kena order online sendiri

kira time mengandung jugak dia pindah keluar rumah dia n nabila kan? kita imagine close knit sskjp ni dia senang nk share journey n moment precious mcm tu, at least ngan suami kan.. tapi semua kena serve sendiri??

bertabahlah acik forum dan karin puterimu
Quote Addrianna 28-1-2022 02:21 PM
hari tu cakap sembunyikan kehamilan sebarkan kelahiran dh kenapa tiba2 cerita journey kehamilan amensia serupa lobenak ke?
Quote codenamedream 28-1-2022 02:24 PM
18kg of nasi lemak
Quote uori 28-1-2022 02:27 PM
aik? ingatkan nak dendiam sampai beranak, tak tahan daulat erkkkkkkkk
Quote acepark 28-1-2022 02:34 PM
la asal x minum susu pisang
Quote wirazam 28-1-2022 03:08 PM
likilu replied at 28-1-2022 12:45 PM
kesian dari dulu cuba potray life ala princess, semua orang sayang love love n serve chaffeur dia me ...

Lofa nak belajar berdikari kan..baguslah pindah rumah dan dok dgn laki dia je
Quote missHaidiD 28-1-2022 03:29 PM
likilu replied at 28-1-2022 12:45 PM
kesian dari dulu cuba potray life ala princess, semua orang sayang love love n serve chaffeur dia me ...

Knp dia pindah dr duduk dgn nabila. Adakah piyu takut menerima nasib sama cam nanas lalu ambik langkah berjauhan dgn sskjp
Quote buapakperut 28-1-2022 03:35 PM
Patut pinggul dan lengan lg beso dari mamatinis nasib baik pakai lelongar
Quote Piramida 28-1-2022 03:37 PM
Hati hati cik hajjah bungkus.. Nanti soon mengembang lemak mkn nasi lemak, jgn2 usetaz cari yg lain.
Quote Piramida 28-1-2022 03:40 PM
Pelik juga... Dah galak berbunyik pulak hal2 kehamilan.. Bkn kata nak diam2 kan, if tahu tahu laa... Gitew! Hihi
Apapun jom lah doakan selamat bersalin.

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.069232 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top