CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

6 Selebriti Hollywood Yang Pernah Terjebak Mengamalkan Ajaran Sesat!

27-1-2022 06:24 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2804| Komen: 3|Original author: Agent13k

Apabila bercakap mengenai ajaran sesat, pasti ramai fikir tentang sekumpulan individu yang melakukan pemujaan syaitan dan mengamalkan sihir, tapi hakikatnya, ada juga kumpulan ajaran sesat ini menonjolkan imej bergaya dan moden.

kredit foto: ABC News


Selebriti Hollywood tidak terkecuali menyertai kumpulan seperti ini. Antara yang terkenal seperti Tom Cruise yang menyertai ajaran sesat Scientology. Menurut Iluminasi, berikut adalah 6 selebriti Hollywood yang pernah menyertai ajaran sesat.

  • Val Kilmer

Pelakon filem aksi 80an dan 90an yang pernah memegang watak Batman ini adalah seorang penganut kuat kepercayaan Christian Science, kumpulan agama ini terkenal dengan amalan metafizik dan mereka percaya semua masalah di dunia boleh diselesaikan dengan pemikiran yang betul.

kredit foto: Nog Degli


Pada 2015 Kilmer telah dimasukkan ke hospital kerana masalah tumor, pada tahun 2017 pula, Kilmer mendakwa perubatan tradisional adalah punca masalah tumornya tetapi boleh disembuhkan dengan bantuan Christian Science yang diamalkan, Kilmer bersetuju untuk menjalani rawatan kimoterapi.

  • Allison Mack

Allison Mack yang dikenali melalui siri "Smallville" melakonkan watak Chloe, Allison pernah menyertai ajaran sesat bernama NXIVM. NXIVM pada mulanya didaftarkan sebagai syarikat jualan langsung tetapi mereka beroperasi sebagai ajaran sesat terlibat dengan pemerdagangan manusia, Allison sendiri membantu ajaran sesat itu merekrut mangsa wanita dengan keadah memeras ugut.

kredit foto: iNews

Allison dianggap sebagai salah seorang yang penting didalam kumpulan NXIVM, tak lama kemudian Allison ditahan pada tahun 2018 dan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun pada 2021.

  • Patricia Arquette

Patricia dan adiknya juga seorang pelakon iaitu David Arquette pernah dibesarkan dalam komuniti ajaran sesat iaitu Skymont Subud di Virginia, mereka tinggal dalam satu komuniti besar tanpa kemudahan seperti tandas, air bersih dan elektrik untuk mencari dan mengikuti "pentunjuk batin" dalam diri mereka.

kredit foto: Variety

Ajaran sesat itu diwujudkan di Indonesia pada tahun 20an oleh Muhammad Subud Sumohadiwidijojo yang dianggap sebagai "nabi" oleh kumpulan ajaran sesat itu, Patricia keluar dari komuniti itu dan berpindah ke California.

  • Michelle Pfeiffer

Pelakon hebat ini pernah membintangi banyak filem besar seperti Scarface (1983), Batman Returns (1992) dan banyak lagi. Dalam karier lakonan awalnya, Pfeiffer terlibat dalam ajaran sesat yang dikenali sebagai Breatharianism. Ahli kumpulan itu percaya mereka hanya memerlukan cahaya matahari untuk hidup dan bukannya makanan atau minuman.

kredit foto: Twitter

Ada beberapa ahli kumpulan maut akibat mengamalkan kepercayaan ini dan kumpulan itu didakwa mengambil banyak wang daripadanya dan Pfeiffer meninggalkan kumpulan itu dengan bantuan suaminya.

  • Joaquin Pheonix

Pelakon yang terkenal dengan watak utamanya dalam filem Joker (2019) ini dilahirkan dalam kumpulan ajaran sesat iaitu Children of God, kini dikenali sebagai The Family International. Kumpulan itu percaya kepada pembebasan diri, pembentukan semula kerohanian dan kelahiran anti-Christ (dajjal).

kredit foto: Koimoi

Pheonix membesar dalam ajaran itu lebih daripada sedekad kerana salah seorang ahli keluarganya adalah "pendakwah" Children of God" di Amerika Selantan, pada tahun 1978, keluarga Phoenix telah keluar daripada kumpulan itu dan menetap di Florida.

  • Rose McGowen

Pelakon yang terkenal siri TV siri Charmed mempunyai kisah yang sama dengan Joaquin Pheonix, McGowen dilahirkan di Itali ketika bapanya menjadi "pendakwah" Children of God di negara itu. Ketika McGowen membesar, dia banyak menjelajah ke seluruh Eropah bersama ibu bapanya dan menyaksikan banyak jenayah seksual dan penderaan yang dilakukan kumpulan ajaran sesat itu.

kredit foto: Bustle

Ibu bapa McGowen keluar daripada Children of God pada tahun 1978 dan kembali ke Amerika Syarikat, pada tahun yang sama juga, McGowen melarikan diri untuk tinggal di Los Angeles bagi mengejar cita-citanya menjadi pelakon. -CARI


Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 27-1-2022 07:40 PM
allison mark tu lawa weh
Quote babelina 28-1-2022 10:36 AM
Allison mark tu mmg x sangka dia terlibat.. aku ada tgk doku kt astro dulu..
Quote salimrock 3-2-2022 02:52 PM
hli kumpulan itu percaya mereka hanya memerlukan cahaya matahari untuk hidup dan bukannya makanan atau minuman....  ini  proses fotosintesis ni

aku pernah juga jupe member wa, dia membaca buku2 ( ke komik, tak pasti la ) dia kata ada dewa dr kepercayaan China ni, hanya hidup dgn tenaga dr cahaya matahari, dewa apa tak pasti

jd wa ckp, ini adalah proses fotosintesis ni, kita tak boleh ikut

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.303926 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top