CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Janet Jackson Dedah Hubungan Dingin Dengan Michael Jackson, Kecil Hati Degelar B*bi

28-1-2022 12:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2213| Komen: 5|Original author: Tatod

Description: Penyanyi Janet Jackson buat pertama kali mendedahkan dirinya pernah berkecil hati dengan usikan abangnya, Michael Jackson yang menggelarnya dengan panggilan babi, lembu dan kuda.Memetik laporan The Su ...


Penyanyi Janet Jackson buat pertama kali mendedahkan dirinya pernah berkecil hati dengan usikan abangnya, Michael Jackson yang menggelarnya dengan panggilan babi, lembu dan kuda.

Memetik laporan The Sun, perkara itu awalnya dianggap jenaka namun apabila Michael selalu memanggilnya dengan gelaran itu, Janet terasa hati apatah lagi dia mempunyai masalah berat badan sejak usianya 11 tahun.

Janet berkongsi kenangan itu menerusi dokumentari Lifetime dan A&E Networks bersempena sambutan ke-40 album pertamanya berjudul Janet Jackson yang diterbitkan pada 1982.


"Ada satu ketika, Mike mengejek dengan memanggil saya dengan nama haiwan. Kami sama-sama ketawa dengan jenakanya sehinggalah sampai satu tahap, usikan itu mengguris hati dan perasaan.

"Apabila seseorang mengatakan fizikal kita terlalu berat, ia memberikan kesan mendalam. Saya adalah individu yang meredakan tekanan emosi dengan makan.

"Saya mula berhadapan masalah kegemukan selepas berlakon dalam siri televisyen Good Times," katanya.


Walaupun tujuh tahun lebih muda dari Michael, adik beradik itu sangat rapat ketika mereka masih kecil namun semakin renggang seiring peningkatan usia.

Menyentuh kontroversi Michael dituduh melakukan penderaan seksual terhadap Jordan Chandler yang pada ketika kejadian berusia 13 tahun, Janet turut terpalit dengan isu berkenaan.


Tuduhan terhadap Michael menyebabkan Coca-Cola menarik semula tawaran projek.

"Kami kemudian tampil dengan lagu Scream  tetapi hubungan kami semakin jauh. Dia katakan itu adalah lagunya dan penglibatan saya hanya sekadar sokongan.

"Kumpulan pengurusan Michael membuatkan kami sukar berjumpa. Mereka seolah-olah cuba tonjolkan persaingan adik beradik.

"Ia sangat mengecewakan. Saya ada untuk sama-sama berjuang dan bukan mahu berlawan denganny," kata Janet.


Janet mengharapkan keakraban mereka kembali pulih seperti zaman kanak-kanak namun kehidupan lalu tinggal hanya kenangan.

Kata Janet, selepas Michael melancarkan album Thriller, sikap periang abangnya sudah hilang.  -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 28-1-2022 01:25 PM
Dah mula sendu mesti cerita2 macam ni ada akan mula dikongi utk tarik perhatian peminat semula
Quote alesandra 29-1-2022 10:40 PM
bapak diorg pun abusive.jadi tak heran la michael jadi pembuli
Quote kukukatablog 30-1-2022 08:56 AM
Video clip scream tu video music kos paling mahal...
Quote nakkomenjugak 30-1-2022 10:29 PM
Acik janettttt
Why nowwww??
Quote salimrock 3-2-2022 02:47 PM
janet ni bukan ka pernah couple dgn putera arob>?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.040661 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top