Melaka – Taktik pembelian berganda menggunakan ahli keluarga menjadi punca bekalan minyak masak peket bersubsidi di kebanyakan kedai runcit di negeri ini licin sebelum sempat ditambah semula peniaga.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata, siasatan penguat kuasa di kedai runcit mendapati kekurangan itu bukan berpunca di peringkat peruncit, sebaliknya pengguna sendiri. Katanya, hasil pemeriksaan terdapat pembeli yang melakukan pembelian berganda menggunakan ahli keluarga semata-mata untuk membuat bekalan stok di rumah masing-masing. “Peruncit memang telah mengenakan had pembelian minyak masak peket satu kilogram sebanyak tiga unit per transaksi untuk setiap pelanggan. “Kekurangan bekalan ini didapati berlaku kerana wujud pembelian berganda, contohnya terdapat enam ahli keluarga kedai dan kesemua mereka beratur membeli tiga peket minyak masak setiap seorang untuk dijadikan stok di rumah,”katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar tinjauan harga barangan keperluan menjelang Tahun Baharu Cina di Pasar Awam Melaka, di sini hari ini. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem.-CARI Sumber: Kosmo
|
prettyuglybabe replied at 27-1-2022 04:37 PM
biasa yang buat gitu orang berniaga kedai makan or jual kuih/goreng pisang bagai tu..
yang beli nak ...
kakikuDibibirmu replied at 27-1-2022 04:46 PM
Jiran akak pakai air fryer meletop terus, overheat apabendaentah
ADVERTISEMENT