Saintis dari Universiti Teknologi Nanyang Singapura (NTU) telah membangunkan program berkomputer yang mampu mengesan individu berisiko tinggi untuk mengatasi isu kemurungan.
Program ramalan itu menganalisis aktiviti fizikal, corak tidur dan ritma sirkadian melalui data peranti yang boleh dipakai di anggota badan. Petikan dari Mstar, percubaan terhadap 290 koresponden pada 2019 selama 3 bulan telah menunjukkan program ini mempunyai ketepatan 80 peratus dalam mengesan individu yang mengalami kemurungan (atau berisiko mengalami gejala depresi), koresponden yang berusia di antara 21 dan 69 tahun itu dipakaikan alat keselamatan selama 2 minggu. Prosefor Josip Car dari Pengarah Pusat Sains Kesihatan Penduduk dan Fakulti Perubatan Lee Kong Chian berkata pasukannya sedang merancang kajian lebih besar terhadap 1,000 koresponden yang dipantau selama dua tahun bagi menambah baik pengesanan mesin itu. Josip berkata sesiapa saja boleh menyertai kajian itu tanpa sebarang kriteria tertentu.
Masalah kemurungan telah memberi kesan yang teruk kepada 264 juta orang di seluruh dunia dan separuh daripadanya tidak dikesan dan dirawat menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Institut Kesihatan Mental (NIH) pula menjelaskan kajian terhadap 1,000 koresponden mendapati 13 peratus daripadanya menunjukkan simptom kebimbangan melampau (anxiety) dan kemurungan ketika pandemik berlangsung. Pasukan penyelidikan tu berkata mereka menemui corak tertentu dalam tingkah laku seseorang yang boleh dikaitkan dengan gejala kemurungan seperti perasaan tidak berdaya dan putus asa, kehilangan minat dalam aktiviti harian dan perubahan selera makan dan berat badan. Jika anda berasa kemurungan atau mempunyai gejala depresi sila beritahu dengan orang tersayang anda, ataupun boleh hubungi Befrienders di talian 03-76272929. -CARI |
kakikuDibibirmu replied at 27-1-2022 09:14 PM
Macam tu hensem? Hazabnya taste uols
Jitu replied at 28-1-2022 12:30 AM
taste akak kaki pulak jenis yg mcm mana ?
klu mcm ni ok ke
Jitu replied at 28-1-2022 12:30 AM
taste akak kaki pulak jenis yg mcm mana ?
klu mcm ni ok ke
Belibis replied at 28-1-2022 04:51 PM
Dulu ada wrestler macam ni..koko b ware..ke orang sama?
Jitu replied at 29-1-2022 12:07 AM
betul lah tu koko b ware
mung pun layan gusti jugak rupanya
kakikuDibibirmu replied at 28-1-2022 04:24 PM
OMFG! OMFG! OMFG! My eyes! My eyes! My eyes!
Belibis replied at 29-1-2022 07:32 AM
Kahhhh...seusia kah kita???
orangbiasaje replied at 28-1-2022 12:02 AM
Baguslah penemuan ni. Dapat detect depression. Kekdg susah nak luahkan walaupun byk channel "to talk ...
ADVERTISEMENT