Satu kegiatan mencuri menggunakan kanak-kanak dilaporkan kini kerap berlaku di kedai-kedai makan dan restoran beroperasi sekitar kawasan Klebang, Melaka.
Petikan dari Odisi, satu perkongsian video tular di laman media sosial Facebook yang dibuat oleh Marina Md Ramli kegiatan tersebut terbongkar hasil dari rakaman video CCTV berdurasi 51 saat. Rakaman tersebut menunjukkan kegiatan mencuri yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak dipercayai berlaku di restoran Melantak Steak Hub, Klebang. Pada mulanya, didapati seorang kanak-kanak berbaju sekolah keluar dari tandas dan terus berjalan untuk membuka loker simpanan pekerja yang terletak bertentangan dengan tandas restoran itu.
Kanak-kanak tersebut mengeluarkan beg tangan yang disimpan di dalam loker tersebut, menutupnya kembali dan terus keluar. Menurut posting Marina di laman media sosial Facebook, sejak kebelakangan ini kanak-kanak itu kerap datang setiap malam seolah-olah seperti diajar dan disuruh berbuat demikian. Marina mengesyaki kegiatan itu didalangi sindiket kerana kanak-kanak ini bergerak secara berkumpulan dan sering melepak di kedai beliau, mereka juga datang bukan sebagai pelanggan tetapi melepak dan bertindak meminta-minta makanan percuma dari pekerja dan pelanggan. Kumpulan kanak-kanak itu juga sempat menggunakan WiFi dan tandas sebelum mencuri sekiranya mendapat peluang. -CARI |
Gomea replied at 28-1-2022 05:20 PM
Kat klebang tu memang ramai budak2 ntah anak sape2 ntah dok menjual. Kat mcd dgn starbuck klebang tu ...
ADVERTISEMENT