CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu E-Hailing Dengar Bisikan Halus Desak Bunuh Diri

27-1-2022 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1819| Komen: 10

Gopeng– Lelaki yang ditemui terbaring berlumuran darah di tepi jalan dekat jejambat Kopisan di sini semalam, rupa-rupanya pemandu e-hailing yang dijumpai dalam keadaan tidak bermaya berhampiran kawasan perkuburan Orang Asli Kampung Sungai Kapur, Ulu Geruntum kelmarin.


Lelaki berusia 32 tahun itu dijumpai pada pukul 6.30 pagi oleh anggota Balai Polis Gopeng yang melakukan Rondaan Cegah Jenayah di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, mangsa dijumpai orang awam terbaring di tepi jalan yang kemudian melaporkannya kepada polis.


Foto: Kosmo

Katanya, anggota yang tiba di tempat kejadian untuk memberikan bantuan mendapati mangsa merupakan lelaki sama yang dilaporkan hilang pada ahad lalu.

“Menurut adik mangsa, setelah abangnya mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, mereka telah mendaftar masuk hotel di Gopeng untuk berehat sebelum pulang ke Pulau Pinang.

“Bagaimanapun, lelaki itu telah keluar pada awal pagi tanpa pengetahuan adiknya dan ia hanya disedari selepas dihubungi polis,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, lelaki itu dihantar ke Hospital Kampar untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke HRPB semula.

Foto: Kosmo

Katanya, akibat kemalangan itu, lelaki terbabit patah tangan kanan dan mengalami luka di bahagian badan.

“Hasil semakan pihak hospital, lelaki itu merupakan pesakit mental dan telah mendapat rawatan perubatan sejak setahun lalu di sebuah hospital di Pulau Pinang.

“Bisikan halus yang mendesak lelaki itu membunuh diri dikatakan punca lelaki tersebut bertindak sedemikian,” katanya.

Tambah beliau, berdasarkan temubual awal, lelaki itu mendakwa dia dilanggar kenderaan yang tidak dikenal pasti dan pihaknya juga tidak menerima laporan polis berkaitan kemalangan tersebut.

Terdahulu, penemuan sebuah kereta berhampiran perkampungan Orang Asli Sungai Kapur, Ulu Geruntum Ahad lalu, menimbulkan tanda tanya apabila kenderaan tersebut ditinggalkan dalam keadaan tidak berkunci.

Beberapa barangan peribadi termasuk kad pengenalan, pasport antarabangsa dan telefon bimbit disyaki milik pemilik kereta turut dijumpai dalam kenderaan tersebut.

Bagaimanapun, misteri kereta tersebut terungkai apabila seekor anjing baka German Shepherd bernama Rocky dari Unit Anjing Pengesan (K9) Kontinjen Perak berjaya menemukan pemilik kenderaan itu.

Lelaki itu dijumpai pada pukul 2.30 petang, kelmarin dalam keadaan lemah dan kelaparan di atas bukit berhampiran kawasan perkuburan Orang Asli. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 27-1-2022 11:13 AM
“Hasil semakan pihak hospital, lelaki itu merupakan pesakit mental dan telah mendapat rawatan perubatan sejak setahun lalu di sebuah hospital di Pulau Pinang.

“Bisikan halus yang mendesak lelaki itu membunuh diri dikatakan punca lelaki tersebut bertindak sedemikian,” katanya.
Quote Lavender85 27-1-2022 12:46 PM
Apa sbnrnye punca halusinasi ni ye.. sbb tekanan perasaan ke? Sbb pernah rasa sgt tertekan sgt dgn kehidupan tapi x pernah lagi dgr bisikan apa2 .
Apapun semoga diberi kesembuhan kpd lelaki ni.. amin
Quote supernaturalee 27-1-2022 01:01 PM
Bisikan...kaca itu
Menusuk... ke kalbu ku
Quote Artemesiaa 27-1-2022 01:08 PM
Pesakit mental macam mana boleh lepas jadi pemandu ehailing.  Kalau jadi apa2 tak ke membahayakan penumpang.
Quote dua_chzy 27-1-2022 01:22 PM
Lavender85 replied at 27-1-2022 12:46 PM
Apa sbnrnye punca halusinasi ni ye.. sbb tekanan perasaan ke? Sbb pernah rasa sgt tertekan sgt dgn k ...

Bisikan halus tu sebenarnya suara hati ko sundri je. Bukan dengar suara betul2 pun. Semua dalam minda/fikiran sundri saja.
Quote Skuau 27-1-2022 01:29 PM
x sama cam ben,michaela,cal dpt tu???
Quote manjalara_01 27-1-2022 03:06 PM
Artemesiaa: Pesakit mental macam mana boleh lepas jadi pemandu ehailing.  Kalau jadi apa2 tak ke membahayakan penumpang.


Dengar cerita Grab x buat pun background check pd pemandu2 Grab, so kalau silap haribulan yg jadi driver u all ade rekod jenayah ke ape ke nasib la kan. Yg penting kereta x bleh lebih dari  5 tahun.
Quote Kurex 27-1-2022 03:55 PM
kawan iols selalu berhalusinasi bahwa dia adalah manusia paling cantik dimuka bumi
Quote Decaffeinated 27-1-2022 10:30 PM
Hallucinations

Hallucinations are defined as experiences and sensations that are not comprehensible to others. To the person experiencing them, however, they may seem real, urgent, and vivid. Roughly 70% of people with schizophrenia will experience hallucinations.

Auditory hallucinations are most commonly experienced by people with schizophrenia and may include hearing voices—sometimes multiple voices — or other sounds like whispering or murmuring. Voices may seem angry or urgent and often make demands on the hallucinating person.

Visual hallucinations involve seeing objects, people, lights, or patterns that are not actually present. Visualizing dead loved ones, friends or other people they knew can be particularly distressing. Perception may be altered as well resulting in difficulty judging distance

Olfactory hallucinations involve the sense of smell or taste, both good or bad, that are not actually present. This can be particularly dangerous if a person believes he is being poisoned and refrains from eating.

Tactile hallucinations are feelings of movement or sensation on your body that are not actually present such as hands on your body or insects crawling around or inside you.

Hallucinations don’t necessarily indicate schizophrenia. People with mood disorders, schizoaffective disorders, and other physical and mental health conditions may also hallucinate. Hallucination may also occur when under the influence of drugs or alcohol.

https://www.psycom.net/schizophrenia-hallucinations-delusions/


Quote kakikuDibibirmu 27-1-2022 10:36 PM
Mana datang dahulu? Makhlus halus ka halusinasi ka?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.090559 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top