Pelakon dan pelawak popular, Shamsul Ghau Ghau menyifatkan pendekatan mengajak orang ramai membaca al-Quran ketika sesi secara langsung di platform TikTok sebagai satu alternatif baru kepada pengguna platform berkenaan.
Syamsul berkata, atas rasa tanggungjawab dia perlu menghidangkan sesuatu yang membawa ke arah kebaikan berbanding melayan video yang tidak sesuai untuk ditonton. "Platform TikTok ini tidak salah untuk digunakan tapi ada segelintir orang yang menggunakan platform ini untuk tujuan tidak baik. Sebagai contoh, terdapat siaran langsung yang hanya melihat orang sedang tidur tidak berpakaian tapi mendapat tontonan puluhan ribu tontonan dan ribuan komen.
"Jadi atas rasa tanggungjawab saya cuba buat sesuatu yang baik sebagai alternatif. Sekurang-kurangnya ada perkara yang elok untuk ditonton oleh masyarakat kita pada waktu malam terutama kanak-kanak yang kini gemar menonton video di aplikasi itu. "Sebenarnya ramai saja ustaz yang melakukan perkara sama, tapi kalau Allah tanya apa yang saya buat nanti, sekurang-kurangnya saya ada jawapan untuk diberikan," katanya kepada Harian Metro.
|
ADVERTISEMENT