CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zizan Beli Hilux, Bukan Sebab Minat Je Tapi Nak Tolong Mangsa Banjir

26-1-2022 04:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1679| Komen: 10

Description: Episod musibah banjir yang melanda negara baru-baru ini menggerakkan hati pelawak dan pelakon, Zizan Razak untuk membeli sebuah kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bagi membantu mangsa banjir ...
Episod musibah banjir yang melanda negara baru-baru ini menggerakkan hati pelawak dan pelakon, Zizan Razak untuk membeli sebuah kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bagi membantu mangsa banjir di masa hadapan.


Anak kelahiran Terengganu itu mendedahkan hatinya gusar ketika bencana banjir berlaku di sekitar Lembah Klang sebelum ini kerana jadual kerja mengekang pelakon itu daripada aktif membantu mangsa bah tersebut.


Foto: IG

“Saya betul-betul resah ketika banjir kerana waktu itu sibuk penggambaran, jadi perasaan tidak dapat membantu membuatkan saya tidak senang duduk.

“Lagipun saya sudah lama mengidamkan sebuah Hilux, alang-alang bolehlah beli bagi memudahkan pergerakan atas faktor kerjaya sekali gus menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.



Ditanya sama ada dia giat memberi bantuan lain kepada golongan memerlukan, pelakon filem Polis Evo itu berseloroh dengan mengatakan dia lebih gemar mendiamkan sebarang amalan dan kebaikan yang dilakukan.

“Jika kebetulan mendapat peluang untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik, saya akui saya memang suka untuk bantu-membantu, namun takkan saya nak cerita dekat orang lain.



“Nanti orang cakap kita nak menunjuk kebaikan pula,” ujarnya.

Terdahulu, pelantun lagu Bawaku Pergi itu memuat naik sebuah video dalam laman media sosial peribadi miliknya menunjukkan kenderaan pacuan empat roda baharu yang dibelinya semalam. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 26-1-2022 04:40 PM
bagus laa. hope klu banjir lagi boleh turun padang
Quote musangbodoh 26-1-2022 04:50 PM
heeheheh next week p tukar rim 20...jek skit...total abis 25k...siap bull bar bagai siap pakej winch
Quote elzy 26-1-2022 05:24 PM
Baguslah tu Jijang..
Quote ekmal_sorrow 26-1-2022 06:36 PM
musangbodoh replied at 26-1-2022 04:50 PM
heeheheh next week p tukar rim 20...jek skit...total abis 25k...siap bull bar bagai siap pakej winch ...

mmg patut pun, at least winch leh tarik kereta2 yg x fhm bahasa, parking merata masa banjir tp dah surut tak nak alih.
Quote Adrif 26-1-2022 09:04 PM
harap2 Perodua boleh keluarkan boat juga

tiap2 tahun banjir teruk sekarang ni

orang suka myvi, buat la boat ala2 myvi pulak, king on water, king of banjir pula, gitu
Quote makadek 26-1-2022 09:07 PM
Ok bukak ngo lekas2
Quote Perawankota 26-1-2022 10:49 PM
OK jang.. All the best
Quote slyfynx 26-1-2022 11:27 PM
Jgn last2 kutip derma jgk.
Then letak nama the Jambu Batu Foundation.
Then leh gi obersea terus.
Amik gmbr dgn samseng
Quote Tembikaigoreng 26-1-2022 11:30 PM
Alhamdulillah
Quote Denco 26-1-2022 11:36 PM
Ingat hr tua... Jgn mbazir sgt. Hidup ni umpama roda

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.053186 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top