CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beratus Roll Royce, Merc, Ferrari, Bentley- Koleksi Kereta Sultan Brunei Lebih Mahal Dari Kelab MU

26-1-2022 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5637| Komen: 71

London: Koleksi kereta mewah yang dimiliki oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dilaporkan bernilai lebih daripada keseluruhan kelab bola sepak, Manchester United.


Lapor Daily Star, Sultan Hassanal mempunyai koleksi kenderaan mewah bernilai empat bilion pound (RM22.57 bilion).

Red Devils yang merupakan antara skuad paling berharga di dunia pula dilaporkan bernilai sekitar 3.08 bilion pound (RM17.38 bilion).


Foto: Agensi

Sultan Hassanal mempunyai sebanyak 600 buah kereta Rolls Royces, lebih 570 kereta Mercedes-Benz, lebih 450 kereta Ferrari dan lebih 380 kereta Bentley di garajnya.  


Dilaporkan, Sultan Hassanal memiliki nilai kekayaan bersih sekitar 13 bilion pound (RM73.36 bilion).

Anak saudara Sultan Hassanal iaitu Faiq Bolkiah merupakan pemain bola sepak yang dianggap paling kaya di dunia.   

Sebelum ini, Faiq, 23, pernah bermain untuk skuad Chelsea dan Leicester City.

Faiq baru-baru ini yang menandatangani kontrak dengan kelab bola sepak Chonburi, menjadi tular selepas menunjukkan aksi terbaik ketika menentang skuad Nongbua Pitchaya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 26-1-2022 12:43 PM
Cam keta mainan bersusun
Quote bulalof 26-1-2022 12:43 PM
mampu terlopong....
Quote rikiruj 26-1-2022 12:44 PM
Depa ni sekali beli berbiji2… walaupun kereta limited edition.  Contoh kalau limited edition keluar 10 biji, dia mesti beli 3-4 biji.. buat peram.
Quote mejaputih 26-1-2022 02:16 PM
Buat apa kete byk2..bukan pakai pun..kalau gi mana2 mesti naik kete limo RR yg panjang tu kan. Ke kete2 ni utk keranat cucu cicit dia?
Quote ketambangkang 26-1-2022 02:20 PM
kalau la baginda kata "pilih la satu tam ko nak yg mana"
Quote mawarkhayalan99 26-1-2022 02:21 PM
kereta sampai beratus ratus ni pakai ke tidekkk nyahhh
Quote sharlenetexas 26-1-2022 02:22 PM
Bayangkan kalau kereta banyak2 tu ditenggelami air banjir macam kat shah alam.

Quote kotakominami 26-1-2022 03:03 PM
Kalau ilang sebijik agak2 dia perasan tak....[em:4:]
Quote Babai 26-1-2022 03:03 PM
sharlenetexas replied at 26-1-2022 02:22 PM
Bayangkan kalau kereta banyak2 tu ditenggelami air banjir macam kat shah alam.

Insurance mesti ada
Quote Artemesiaa 26-1-2022 03:07 PM
Mampu tengok jer ler yang lain mampu kumpul keta mainan je
Quote anony-mous 26-1-2022 03:08 PM
Mcm dah x ada nikmatnya bila kaya sgt mcm ni
Quote bakingsoda 26-1-2022 03:09 PM
mesti ada yg tak penah jejak jalan raya pon
Quote AnBulisia 26-1-2022 03:11 PM
salesman selain dari 4 brand tu tak berjaya menakluki jiwa sultan nak beli ke?
Quote supernaturalee 26-1-2022 03:17 PM
utk ape bnyk2 ni

jenis x menayang mcm vida xpe le kot

ni hasil minyak lh kn
Quote kucingitam 26-1-2022 03:18 PM
ni kena kat rakyat msia yg anti rfid meroyan dorang, kalau ada kereta banyak takkan nak beli rfid bnyk2, kata demer.. while orang yg ada kereta banyak, most of the time kereta tak jejak jalan pun..
Quote mrsbob87 26-1-2022 03:24 PM
kotakominami replied at 26-1-2022 03:03 PM
Kalau ilang sebijik agak2 dia perasan tak....[em:4:]

perasan kot, sebab da susun ikot no...
Quote ChildrenOfBodom 26-1-2022 03:48 PM
Naik ka beli banyak2 tu?
Quote Belibis 26-1-2022 03:55 PM
sharlenetexas: Bayangkan kalau kereta banyak2 ...

Terus dia borong yang baru..yang tenggelam jual besi buruk.
Quote ninja boy 26-1-2022 04:06 PM
Beli supaya pekerja ada gaji,  workshop ada income, byar bil itu ini, gitu

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.042492 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top