CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dulu Kaya, Penduduk Kampung Akhirnya Menyesal Jual Tanah Kepada Pemaju

26-1-2022 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3151| Komen: 23

Jawa Timur: Sebilangan penduduk di sekitar kawasan projek strategik negara pembinaan kilang minyak atau dikenali sebagai kampung bilionair di Tuban akhirnya mengaku menyesal menjual tanah milik mereka.


Lapor Kompas.com, kisah itu diluahkan oleh penduduk kampung Wadung di daerah Jenu, Musanam, 60.

Musanam turut mengambil bahagian dalam demonstrasi di hadapan pejabat PT Pertamina.


Musanam, Foto: Kompas.com

Katanya, semasa menjual tanah itu, dia dijanjikan oleh pihak PT Pertamina yang akan menawarkan pekerjaan di tapak projek tersebut.


Janji manis itu menyebabkan Musanam hilang punca pendapatan sebagai seorang petani disebabkan dia sudah menjual tanah dan rumah kepada pihak pemaju.

“Saya juga terpaksa menjual beberapa ekor haiwan peliharaan bagi menampung keperluan harian.

“Dulu saya ada enam ekor lembu, dan tiga daripadanya terpaksa dijual demi kelangsungan hidup,” katanya.

Bagi Mugi, 59, yang tinggal di kampung bilionair, dia kehilangan segala-galanya selepas menjual tanah miliknya seluas 2.4 hektar tanah pertanian kepada PT Pertamina.

“Tanah saya dahulu ditanam jagung dan cili. Setiap tuaian mampu meraih 40 juta rupiah (RM11,679).

“Namun, sejak saya tidak menjual hasil tanaman, saya tidak mempunyai pendapatan lagi,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 26-1-2022 09:59 AM
Sesal kemudian tidak berguna.. berapa juta dorg byr tu pegi la cari tanah lain pulak buat tanaman
Quote Hizert 26-1-2022 10:25 AM
so tanah tu dah dijual kan?? berapa diorg dapat tak mention pulak. ke tak bayar ni? konpiuss
Quote chinta89 26-1-2022 10:46 AM
duit yg dibayar tu diorag buat ape. x ganti beli tanah lain ke? atau beli rumah ke?

Quote paz 26-1-2022 10:51 AM
Tak cakap pulak berapa pampasan dia dapat.
Quote Bholatchomel 26-1-2022 10:52 AM
diorg joli sakan lepas dapat duit, org kaya baru kan . dulu kan ada cerita satu kampung beli kereta mewah cash pastu excident sbb masing2 bukan reti bawa sangat. masuk paritlah..
Quote Kancilkering 26-1-2022 10:56 AM
teringat org labu sendayan…dpt duit gelap mata….buat rumah besar besar end up bayar bill letrik pun x mampu
Quote Adrif 26-1-2022 10:59 AM
benda2 gini, elok ada hitam putih ya

takat verbal agreement takda bukti pulak

yang confirm, tanah dah dijual dengan rela hati

kita pun kena beringat. orang kaya tak jual tanah, orang kaya beli tanah
orang miskin yang jual tanah nak jadi kaya. silap besaarrr

zaman sekarang ni, kalau berduit, daripada joli sakan dok kumpul benda lain
kalau berkemampuan, beli la tanah
kot ye pun kalau rasa tak perlu, elok la pass kat anak bini tu
kita pun taknak ler anak sendiri berhutang, menyewa, hidup susah macam kita dulu ye dak
kalau ada le tanah sorang sebidang, boleh le diorang cucuk pokok, pacak rumah sendiri
takde la menumpang, merempat ke..
menuai hasil pokok ke, bela binatang ternakan ke..
lagi2 zaman mahal ni. dapat cucuk ubi kayu dengan kentang, cili, ulam raja, terung ke, apa-apa la. dapat jimat duit
Quote buapakperut 26-1-2022 11:43 AM
Duit dapat Tu buat apa takkan takde hasil langsung, meniaga roti paun ke, keripik belinjo ke keripik perut lembu atau air Bandung untung masa hadapan. Yelah tanah pun dah xde kene pikir la yedak
Quote tungkai 26-1-2022 11:53 AM
Gihanto mentioned that in Sumurgeneng Village, the villager who got the highest compensation from Pertamina was under the name of Haji Wangkid at IDR 26 billion, while the lowest fund was channeled to Haji Sukandar at IDR 36 million. "So the money is received directly by landowners through a bank account," he said.

Kopipes kat berita Kompas. Ikut saiz tanah la kot dalam 11K hingga 750K hengget...
Quote buragazz 26-1-2022 01:13 PM
NI kes joli sakan la ni.. tak kan la diorang bayar ciput.. kenapa masa dapat duit tak beli rumah lain.. gelap mata la tu..
Quote Artemesiaa 26-1-2022 01:16 PM
Menyesal kemudian dah tak berguna orang lain hanya mampu dengar simpati je
Quote KamikuP 26-1-2022 01:49 PM
Bholatchomel: diorg joli sakan lepas dapat duit, org kaya baru kan . dulu kan ada cerita satu kampung beli kereta mewah cash pastu excident sbb masing2 bukan reti b ...

Mcm kisah penduduk LB Johnson, ramai yg beli kereta cash dan buat rumah beso beso.. hujung2 kereta dok dlm garaj x gerak2 rumah pulak bergelap tak bayo bila api.. huhuh
Member aku salah sorang OKB tapi sedih kisah beliau..

Quote ninja boy 26-1-2022 02:07 PM
Tanah luas bina rumah bertingkat kasi sewa
Quote acikhan 26-1-2022 02:11 PM
laki haku org sendayan dolu2 gomen beli tanah penduduk jd dpt pampasan rumah sebijik banglo dgn duit sbb takut kes dolu2 Kat lbj sinun jd gomen n penduduk win win situation lerr gitew
Quote TravellingBear 26-1-2022 02:25 PM
Adrif replied at 26-1-2022 10:59 AM
benda2 gini, elok ada hitam putih ya

takat verbal agreement takda bukti pulak

ada exschoolmate anak tunggal … mak ayah berjimat cermat beli tanah sana sini sampai geran depa sejengkal. lepas parents meninggal… tanah2 dijual utk joli2 , main judi pertaruhkan tanah.. Setahun ja semua tergadai . selai sepinggang ja skrg
Quote TravellingBear 26-1-2022 02:26 PM
KamikuP replied at 26-1-2022 01:49 PM
Mcm kisah penduduk LB Johnson, ramai yg beli kereta cash dan buat rumah beso beso.. hujung2 kereta  ...

ni namanya dpt bala. BUKAN dpt rezeki
Quote musangbodoh 26-1-2022 03:54 PM
duit dorang tu ade...simpan dlm kwsp simpanan hari tua
Quote gigahertz 26-1-2022 03:59 PM
KamikuP replied at 26-1-2022 05:49 AM
Mcm kisah penduduk LB Johnson, ramai yg beli kereta cash dan buat rumah beso beso.. hujung2 kereta  ...

takut pakcik tu sign agreeement sebelum dapat duit.
Quote Belibis 26-1-2022 04:02 PM
Ini kes satu kampung beli kereta mewah dulu ke???
Elok semua ambik boster jer la..[em:3:]

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.219726 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top