Berasa sedikit ralat terhadap jumlah bayaran royalti yang dirasakan tidak setimpal dengan hasil kerja, penyanyi dan pelakon Tomok menasihatkan anak seni agar memilkiki simpanan dan berhemah dalam berbelanja.
Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 36, memberitahu jumlah bayaran royalti yang rendah merupakan realiti yang perlu dihadapi oleh penggiat seni tanah air khususnya kepada komposer, penulis lirik dan penyanyi. “Itulah realiti yang kami sebagai anak seni perlu hadapi walaupun memang tak masuk akal pun jumlahnya. “Disebabkan hal itu, saya sentiasa mengingatkan diri sendiri agar sentiasa membuat simpanan dan tidak membazir untuk perkara lain,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang akhbar virtual drama Tumpang Lalu Bang hari ini.
Tiada niat untuk membuat kecoh atau menularkan isu tersebut, anggota kumpulan New Boyz itu menjelaskan perkongsiannya dalam satu hantaran Instagram baru-baru ini sebagai peringatan untuk semua pihak khususnya penggiat seni tanah air.
|
lasagna replied at 26-1-2022 08:39 AM
mak aiiii ciput nya bayaran royalti ni? giloss.. ni byr bukan setahun kot dari 2013! ni mcm ckup sya ...
makgetah replied at 26-1-2022 09:53 AM
Cantik rumah dia style industrial sangat, kat mana tu
prizadane replied at 26-1-2022 01:40 PM
Setia alam je chuols. Aku pun suka tengok rumah heols..
ADVERTISEMENT