CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azwan Ali, Kelly Azman Dah Berdamai

26-1-2022 08:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1396| Komen: 10

Description: Pengacara bermulut lancang, Azwan Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Diva AA sudah berdamai dengan juri program All Together Now Malaysia (ATNMY), Kelly Azman.
Pengacara bermulut lancang, Azwan Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Diva AA sudah berdamai dengan juri program All Together Now Malaysia (ATNMY), Kelly Azman.


Ibarat kata pepatah, buang yang keruh, ambil yang jernih, kedua-dua figura tersebut juga dilihat saling berbual dan turut mengambil gambar serta video bersama.

Azwan atau nama sebenarnya, Mohamed Azwan Ali, bagaimanapun memaklumkan akan terus memberi teguran kepada mana-mana pihak yang menimbulkan isu.

Azwan juga tidak menyangka, ketika melewati usia 50-an dan lebih tiga dekad dalam industri, segala gerak geri dan kelakuannya masih menjadi bahan sensasi sehingga mampu mencetuskan kontroversi.


Foto: IG


“Saya sudah berada di dalam industri ini lebih 33 tahun. Siapa pun tidak sangka selepas 10 tahun mendiamkan diri, kini saya kembali. Kalau ditanya apa puncanya, tidak ada apa pun cuma saya enggan mengambil sebarang tugasan ketika itu. Saya duduk di London tetapi kontroversi terus berlegar-legar.

“Saya ingatkan kontroversi 10 tahun lalu berbeza dengan tahun 2022. Ikhlas saya cakap saya dah lalui semuanya, macam-macam cerita dah keluar. Saya tidak menyangka sehingga tahun ini nama dan kontroversi Diva AA berada di tahap yang menggunung.

“Saya terkejut sebab ingatkan semakin tenggelam sebab sebelum saya membawa diri ke London 10 tahun lalu saya kecewa dengan apa yang orang kecam saya.

“Tetapi kini tidak lagi kerana situasi tersebut telah berubah dan perasaan geram saya semakin menebal. Saya pernah dikecam lebih daripada 50 status sehari. Kau sanggup ke dengan kecaman? kalau menteri satu dua kecaman pun dah menggelupur buat sidang media,” ujar Azwan, 55.

Bagi Kelly pula, dirinya sudah lali dengan pelbagai kecaman sebelum ini dan akui tidak terasa hati dengan ciapan dari Diva AA kerana sudah lama mengenalinya.

“Saya sudah lama dalam industri ini. Sama seperti Diva AA saya pun sudah lali dengan pelbagai kecaman termasuk darinya kerana kami pun sudah lama saling mengenali.

“Apa-pun saya hanya ingin fokus kepada karier saya dan buatkan orang ramai terhibur. Jadi terserah kepada mereka untuk berkata-kata kerana saya hanya menjadi diri saya sendiri dan ingin menjadi penghibur,” ujar Kelly yang juga merupakan seorang wartawan hiburan.

Sebelum ini, Kelly dikecam teruk netizen termasuk oleh Diva AA menerusi Twitter gara-gara dikatakan tidak pandai menilai bakat baharu yang membuat persembahan pada program hiburan program berkenaan.

“Viral as ever! Diva AA makikan je juri sampah pakai kanta 3KM! Juri-juri sampah yang diperap Astro! Dah habis calon ke?,” demikian antara ciapan yang dimuat naik Diva AA mengkritik pemilihan Kelly sebagai salah seorang juri ATNMY.

Azwan dan Kelly bertemu pada ditemui media pada majlis sidang akhbar MIC ON! musim kedua di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur baru-baru ini. Pertemuan secara tidak sengaja sekali gus membuka lembaran baharu buat mereka. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cpkay 26-1-2022 08:45 AM
tak habis habis nak cerita dok london..padahal beberapa minggu je kot.
Quote dudaberhias 26-1-2022 08:46 AM
tak elok perempuan kertu jubo layut gaduh lama2....

sorang dah la bau2 tanah kubo dah pun tangan pun penuh kudis2 HIV... sorang lagi rambut dah luruh macam kena chemo... yun nam hair care pun surrender tak mampu nak rawat dah...
Quote aemon 26-1-2022 10:28 AM
sekali baca iols tanjat ingatkan bercerai.rupanya berdamai. bila azwan ali berkawin?
Quote gigi 26-1-2022 10:30 AM
DIVA paling terkutuk
Quote epal_putih 26-1-2022 10:41 AM
baguh la
dah memasing bau2 tanah dah
elok la berdamaiiiiiiiiiiii
Quote KamikuP 26-1-2022 02:24 PM
Meollss suspek kelly ni arwah sepitsiput
Quote imransulaiman 26-1-2022 08:08 PM
Lama mana dia duduk London? 10 tahun??? Ke 10 bulan?
Quote Carcosa 26-1-2022 09:56 PM
Alaaah. Pondan tua Dibah ni kan mmg mcm ni pe'el.
Penakut!! Berani ckp dlm Twitter je. Once berdepan / bersemuka/kena jerkah, termasukkkk telo2 layut kedut dia tu sampai ke ulu hati   
Quote nakkomenjugak 27-1-2022 12:04 AM
sukoorrrrrrrr ala2 acik nurul sukorrrrrrr
fonen arwah tokpit (allegedly) dan diba aa akhirnya comolot kembali
Quote budakshinchan 27-1-2022 12:12 PM
Edited by budakshinchan at 27-1-2022 12:15 PM

keduanya begitu menjijikkan.. mcm mana la mereka boleh confident hidup kat muka bumi ini dengan berperangai yang meloyakan..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.254232 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top