CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Erra Fazira Mula Ambil Watak ‘Mak-Mak’ Ada Anak Dewasa, Tak Demand Bayaran

26-1-2022 08:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3842| Komen: 37

Description: Pertama kali membawa peranan sebagai ibu yang mempunyai anak dewasa, pelakon Erra Fazira mengakui sudah tiba masanya untuk dia menerima watak sebegitu.
Pertama kali membawa peranan sebagai ibu yang mempunyai anak dewasa, pelakon Erra Fazira mengakui sudah tiba masanya untuk dia menerima watak sebegitu.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 48, yang membawa watak itu dalam filem Kongsi Raya juga berkata, ia juga disebabkan jalan cerita dan mesej pada karya itu membuat dia tertarik.


Foto: IG

"Apabila terima tawaran ini saya tidak ada masalah untuk memegang watak sebagai ibu kepada anak yang sudah dewasa kerana jalan cerita dan cara penyampaian mesej filem ini sangat menarik.

"Saya tidak pernah diberikan watak sebegini. Sebagai pelakon ini adalah satu tanggungjawab untuk saya hidupkan jalan cerita.


"Rasanya sudah tiba masa untuk menerima watak sebegitu. Namun jika terlalu kerap akan jadi bosan pula," katanya kepada mStar.



Erra ditemui ketika majlis pelancaran filem terbaharu lakonannya berjudul Kongsi Raya di Kuala Lumpur pada Isnin.

Pelakon filem Maria Mariana itu membawa watak ibu kepada watak Sharifah yang dilakonkan oleh Qasrina Karim yang berusia 25 tahun.

Sementara itu, bercakap soal bayaran punca dia menerima watak tersebut, Erra berkata, dia tidak pernah meletakkan harga yang tidak masuk akal.


Katanya, setiap naskhah yang diterima sudah dipertimbangkan dan berbaloi dengan kerja yang dilakukan.

"Saya bukan seorang yang demanding. Apa yang penting adalah bayaran diterima berbaloi.

"Kita harus berpijak di bumi nyata. Kalau watak kecil dan minta bayaran tinggi memang tidak masuk akal.

"Dalam hal begini saya seorang yang praktikal. Jika tawaran watak yang sangat menarik tetapi harga rendah, rasa rugi juga untuk tolak," katanya.



Selain Erra, filem ini turut membaris pelakon seperti Qasrina Karim, Wilson Lee, Harith Iskander dan Chew Kin Wah.

Filem arahan Teddy Chin ini menelan kos belanja hampir RM2 juta dan bakal ditayangkan pada 3 Februari di seluruh pawagam. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 26-1-2022 08:39 AM
Polish dulu lakonan erra..karang tak menjadik pulak
Quote stingereez 26-1-2022 08:40 AM
Mak vogue.....
Quote buragazz 26-1-2022 10:42 AM
Aku time di dengan metrowelth dulu memang agak hauk jugak lakunan dia tapi dengan production lain ok..
Quote chinta89 26-1-2022 10:50 AM
maintain lawa eh dia ni tp sesetengah gmbr nmpk dagu dia tajam btui.. teringat thread dagu pembuka tin, x sempat khatam thread tuh
Quote dekmieDandy 26-1-2022 11:31 AM
chinta89 replied at 26-1-2022 02:50 AM
maintain lawa eh dia ni tp sesetengah gmbr nmpk dagu dia tajam btui.. teringat thread dagu pembuka t ...

terus iolls search treat tu yer, sib baik jumpa
Quote epal_putih 26-1-2022 11:32 AM
watak mak2
yg watak anak tu kena logik la jugak nak matching kan ahahhahahahhaha
Quote asamfish 26-1-2022 12:53 PM
mmg dah patut pun bawak watak mak2...takkan nak bawak watak sweet 17 mcm dulu2 kot...umur dah 48 kannn...kalau dia kawin dan beranak umo 28 thn pun, anak dah cecah 20.  unless ada drama or movie buat cerita kisah lawyer/engineer/bizwoman yang matang bercinta dgn kekasih lama.
Quote Shayang 26-1-2022 01:02 PM
Sesuai je dia pun bukan muda lg org lain baya dia dah jd nenek tau. Enot yg lagi muda drpd dia pun dh ada cucu.
Quote fealefea 26-1-2022 01:08 PM
wilma yg seangkatan dah lama jadi mak. Rita je la asik berlakon dgn pucok muda di bawah terbitan Hj Zil.
Quote takayama 26-1-2022 01:10 PM
erra pernah jd mak kan utk satu telefilm, anak dia Leez Rosli, kaka x igt tajuk telefilm tu tp x silap psl ponti
Quote Nurul8001 26-1-2022 01:11 PM
Sebab ada dia, saya tengok gerak gerak gerak khas kat tb3. Best.
Quote LemonGourmand 26-1-2022 01:11 PM
fealefea replied at 26-1-2022 01:08 PM
wilma yg seangkatan dah lama jadi mak. Rita je la asik berlakon dgn pucok muda di bawah terbitan Hj  ...

kalau dia tu vibe macam che ta yg tua tapi cute tu takpe la juga. Ini sampai ke sudah vibe angry divorcee.
Quote Duta lover 26-1-2022 01:14 PM
Rupanya ada baju berbasikal yang sopan.
Quote AnnaSendin 26-1-2022 02:58 PM
Erra nieyh walaupon iols selalu laharkan kerna kelaku sheols, tapi sheols menten syantik dan bergaya yach. Bodi pon aum lagi. Adakah kakak sskjp tergugat?
Quote KamikuP 26-1-2022 03:30 PM
Dia ni pakai le apa pon mmg nampak cantik terletak gitew
Quote orkid_amani 26-1-2022 03:41 PM
Engku Alyssa tu cantiknya..mmg akn menbesaq mcm model la..cantik figure dia
Quote cheezel 26-1-2022 05:59 PM
Sblm ni pn mmg da ada drama jd mak org. Hero idris khan. Nothing new
Quote nakkomenjugak 27-1-2022 12:07 AM
anak sheol copyteh muka lama sheol awal 90an sangat

terasa tua pulak iol
dulu nengok acik ratu lead actress sekarang jadik emak2
Quote cmf_premierleag 27-1-2022 12:25 AM
selalu tgk EF dlm drama Gerak Khas Undercover kt tv3 tu
dlm reramai polis, mmg dia ni la nmpk la plg kemas. bertudung pun kemas dan lawa.takde la kepam jah mcm pelakon free hair yg lain

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.159100 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top