Pertama kali membawa peranan sebagai ibu yang mempunyai anak dewasa, pelakon Erra Fazira mengakui sudah tiba masanya untuk dia menerima watak sebegitu.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 48, yang membawa watak itu dalam filem Kongsi Raya juga berkata, ia juga disebabkan jalan cerita dan mesej pada karya itu membuat dia tertarik. "Apabila terima tawaran ini saya tidak ada masalah untuk memegang watak sebagai ibu kepada anak yang sudah dewasa kerana jalan cerita dan cara penyampaian mesej filem ini sangat menarik. "Saya tidak pernah diberikan watak sebegini. Sebagai pelakon ini adalah satu tanggungjawab untuk saya hidupkan jalan cerita.
"Rasanya sudah tiba masa untuk menerima watak sebegitu. Namun jika terlalu kerap akan jadi bosan pula," katanya kepada mStar.
|
chinta89 replied at 26-1-2022 02:50 AM
maintain lawa eh dia ni tp sesetengah gmbr nmpk dagu dia tajam btui.. teringat thread dagu pembuka t ...
fealefea replied at 26-1-2022 01:08 PM
wilma yg seangkatan dah lama jadi mak. Rita je la asik berlakon dgn pucok muda di bawah terbitan Hj ...
ADVERTISEMENT