View: 3404|Reply: 37
|
Erra Fazira Mula Ambil Watak ‘Mak-Mak’ Ada Anak Dewasa, Tak Demand Bayaran
[Copy link]
|
|
Pertama kali membawa peranan sebagai ibu yang mempunyai anak dewasa, pelakon Erra Fazira mengakui sudah tiba masanya untuk dia menerima watak sebegitu.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 48, yang membawa watak itu dalam filem Kongsi Raya juga berkata, ia juga disebabkan jalan cerita dan mesej pada karya itu membuat dia tertarik.
Foto: IG
"Apabila terima tawaran ini saya tidak ada masalah untuk memegang watak sebagai ibu kepada anak yang sudah dewasa kerana jalan cerita dan cara penyampaian mesej filem ini sangat menarik.
"Saya tidak pernah diberikan watak sebegini. Sebagai pelakon ini adalah satu tanggungjawab untuk saya hidupkan jalan cerita.
"Rasanya sudah tiba masa untuk menerima watak sebegitu. Namun jika terlalu kerap akan jadi bosan pula," katanya kepada mStar.
Erra ditemui ketika majlis pelancaran filem terbaharu lakonannya berjudul Kongsi Raya di Kuala Lumpur pada Isnin.
Pelakon filem Maria Mariana itu membawa watak ibu kepada watak Sharifah yang dilakonkan oleh Qasrina Karim yang berusia 25 tahun.
Sementara itu, bercakap soal bayaran punca dia menerima watak tersebut, Erra berkata, dia tidak pernah meletakkan harga yang tidak masuk akal.
Katanya, setiap naskhah yang diterima sudah dipertimbangkan dan berbaloi dengan kerja yang dilakukan.
"Saya bukan seorang yang demanding. Apa yang penting adalah bayaran diterima berbaloi.
"Kita harus berpijak di bumi nyata. Kalau watak kecil dan minta bayaran tinggi memang tidak masuk akal.
"Dalam hal begini saya seorang yang praktikal. Jika tawaran watak yang sangat menarik tetapi harga rendah, rasa rugi juga untuk tolak," katanya.
Selain Erra, filem ini turut membaris pelakon seperti Qasrina Karim, Wilson Lee, Harith Iskander dan Chew Kin Wah.
Filem arahan Teddy Chin ini menelan kos belanja hampir RM2 juta dan bakal ditayangkan pada 3 Februari di seluruh pawagam. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Polish dulu lakonan erra..karang tak menjadik pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Aku time di dengan metrowelth dulu memang agak hauk jugak lakunan dia tapi dengan production lain ok.. |
|
|
|
|
|
|
|
maintain lawa eh dia ni tp sesetengah gmbr nmpk dagu dia tajam btui.. teringat thread dagu pembuka tin, x sempat khatam thread tuh |
|
|
|
|
|
|
|
terus iolls search treat tu yer, sib baik jumpa
|
|
|
|
|
|
|
|
watak mak2
yg watak anak tu kena logik la jugak nak matching kan ahahhahahahhaha |
|
|
|
|
|
|
|
mmg dah patut pun bawak watak mak2...takkan nak bawak watak sweet 17 mcm dulu2 kot...umur dah 48 kannn...kalau dia kawin dan beranak umo 28 thn pun, anak dah cecah 20. unless ada drama or movie buat cerita kisah lawyer/engineer/bizwoman yang matang bercinta dgn kekasih lama. |
|
|
|
|
|
|
|
Sesuai je dia pun bukan muda lg org lain baya dia dah jd nenek tau. Enot yg lagi muda drpd dia pun dh ada cucu. |
|
|
|
|
|
|
|
wilma yg seangkatan dah lama jadi mak. Rita je la asik berlakon dgn pucok muda di bawah terbitan Hj Zil. |
|
|
|
|
|
|
|
erra pernah jd mak kan utk satu telefilm, anak dia Leez Rosli, kaka x igt tajuk telefilm tu tp x silap psl ponti |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab ada dia, saya tengok gerak gerak gerak khas kat tb3. Best. |
|
|
|
|
|
|
|
fealefea replied at 26-1-2022 01:08 PM
wilma yg seangkatan dah lama jadi mak. Rita je la asik berlakon dgn pucok muda di bawah terbitan Hj ...
kalau dia tu vibe macam che ta yg tua tapi cute tu takpe la juga. Ini sampai ke sudah vibe angry divorcee. |
|
|
|
|
|
|
|
Rupanya ada baju berbasikal yang sopan. |
|
|
|
|
|
|
|
Erra nieyh walaupon iols selalu laharkan kerna kelaku sheols, tapi sheols menten syantik dan bergaya yach. Bodi pon aum lagi. Adakah kakak sskjp tergugat? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni pakai le apa pon mmg nampak cantik terletak gitew |
|
|
|
|
|
|
|
Engku Alyssa tu cantiknya..mmg akn menbesaq mcm model la..cantik figure dia |
|
|
|
|
|
|
|
Sblm ni pn mmg da ada drama jd mak org. Hero idris khan. Nothing new |
|
|
|
|
|
|
|
anak sheol copyteh muka lama sheol awal 90an sangat
terasa tua pulak iol
dulu nengok acik ratu lead actress sekarang jadik emak2 |
|
|
|
|
|
|
|
selalu tgk EF dlm drama Gerak Khas Undercover kt tv3 tu
dlm reramai polis, mmg dia ni la nmpk la plg kemas. bertudung pun kemas dan lawa.takde la kepam jah mcm pelakon free hair yg lain |
|
|
|
|
|
|
| |
|