Dengan peningkatan nilai Bitcoin, salah satu perkara yang turut meningkat adalah kadar kecurian elektrik kerana ingin melombong Bitcoin. Menurut Amanz, kecurian elektrik kerana aktiviti melombong Bitcoin meningkat 400% dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini membawa kerugian teruk membabitkan jumlah lebih RM2.3 Billion dan ia akan menjadi lebih teruk jika tidak dihentikan. Lebih 7,209 kes dikenal pasti setakat ini. Pada 2021 sahaja, sebanyak 3,091 kes dikenal pasti di Malaysia. Kerajaan turut menekankan yang mana melakukan pengubahsuaian pada pemasangan TNB boleh membawa kepada denda sehingga RM1 Juta atau penjara tidak lebih 10 tahun, atau kedua-duanya sekali. Adakah pencurian elektrik akan makin berleluasa di Malaysia kerana Bitcoin? - CARI |
ADVERTISEMENT