Beberapa minggu lalu, Datuk Seri Vida pernah menyatakan hasratnya untuk menerbitkan sebuah single baharu. Hal ini berpunca gara-gara selebriti media sosial yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini, Iqbal melancarkan lagu yang dikatakan ditujukan kepada dirinya.
Menerusi laporan media, Vida berkata, tujuan dia ingin mengeluarkan lagu itu adalah kerana ingin menjawab kembali segala apa yang Iqbal katakan terhadapnya. Jika sebelum ini Vida menyanyikan lagu berentak rancak menerusi single pertamanya, I Am Me, kali ini, usahawan kosmetik itu mahu membawakan lagu bergenre balada pula.
Sungguhpun khabarnya lagu tersebut sudah mahu dilancarkan, namun, Vida masih mencari siapakah hero yang akan sama-sama membintangi klip video lagu berkenaan.
|
ADVERTISEMENT