Seorang lelaki terpaksa membawa ikan buntal yang dipeliharanya ke sebuah klinik veterinar bagi mendapatkan rawatan gigi selepas mendapati haiwan itu sukar untuk makan sehingga berat badannya semakin menyusut.
Lapor Metro, Mark Byatt membawa ikan peliharaan berusia lima bulan itu yang bernama Goldie ke sebuah klinik haiwan di Kent. Doktor di klinik itu memaklumkan hampir separuh gigi Goldie perlu dikikir kerana ia tumbuh besar sehingga menyebabkannya sukar makan. “Mereka meletakkan Goldie di dalam sebuah bekas berisi air dan larutan anestetik untuk menenangkannya di Pusat Veterinar Sandhole di Snodland.
“Doktor kemudian mengikir gigi Goldie sebanyak satu inci untuk meratakan permukaannya dengan menggunakan pisau khas,” katanya. Sementara itu, doktor veterinar, Daniel Calvo Carrsaco berkata, cara pemakanan Goldie yang cerewet mungkin menjadi antara punca masalah itu berlaku. Katanya, gigi spesies ikan buntal landak tumbuh secara berterusan sepanjang hayat mereka. “Ia biasanya menjadi pendek secara semula jadi disebabkan amalan pemakanan yang terdiri daripada makanan bercangkang keras. “Meskipun, makanan sama diberikan oleh pemiliknya di rumah, Goldie dilihat tidak mengikut cara makan seperti ikan yang lain. “Akibatnya, gigi bahagian atas Goldie tumbuh besar sehingga menghalang keupayaannya untuk makan secara efektif,” katanya. Dilaporkan, Goldie kini sihat dan sudah pulang ke rumah pemiliknya di Leybourne. Sumber: Utusan
|
noor2 replied at 25-1-2022 12:22 PM
Mcm arwah kucing akak la...sakit gigi x boleh mkn..terus bawa jumpa doktor buat scaling gigi...kena ...
belilies replied at 25-1-2022 01:00 PM
Iols curious nak tau cana deyols tau ikan tu sakit gigi sampai xde selera nk makan
ADVERTISEMENT