CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Heret Mayat Datuk Ke Pejabat Pos, Tipu Masih Hidup Untuk Keluarkan Duit Pencen

24-1-2022 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1352| Komen: 3

Carlow, Ireland – Dua lelaki di Ireland tergamak mengheret mayat seorang warga emas ke sebuah pejabat pos bagi mengeluarkan wang pencen mangsa, lapor akhbar Metro UK.


Mayat lelaki warga emas itu dilaporkan diheret ke pejabat pos cawangan Co Carlow sebelum dibawa kepada seorang petugas di kaunter bagi menunjukkan seolah-olah dia masih hidup.

Pekerja yang curiga dengan tindakan mereka bertanya mengenai keadaan warga emas yang tidak responsif  lantas membuatkan kedua-dua suspek mencampakkan mayat di atas lantai sebelum melarikan diri.


Foto: Dyan Vaughan

Salah seorang daripada suspek dikatakan ada mengunjungi pejabat pos tersebut dan cuba mengeluarkan wang simpanan tersebut.


Dia bagaimanapun diberitahu bahawa hanya pemilik wang yang boleh mengeluarkan simpanan itu.

“Dia (mayat) ialah datuk kami. Kami akan membawanya ke hospital selepas mengeluarkan wang ini,” kata mereka kepada petugas kaunter.

Sementara itu, seorang jurucakap polis Garda berkata, pihak polis sedang menyiasat semua kebarangkalian mengenai kematian warga emas tersebut di Carlow pada pagi Jumaat lalu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 24-1-2022 01:03 PM
Apa benda lah mereka ni
Quote Artemesiaa 24-1-2022 01:07 PM
Terdesaknya sampai sanggup berbuat macam tu
Quote sambaldurian 24-1-2022 01:50 PM
Apa  ke bengapnya omputih ni, klu nk kuar duit utk deceased bwk sijil mati jela. Cuma bnyk prosedur. Klu sorg bengap xpe, ni dua org bengap.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.079774 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top