CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bagi Racun Tikus, Kanak-kanak 5 Tahun Diculik Dan Dibunuh Cikgu Sendiri

24-1-2022 05:41 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1734| Komen: 7|Original author: Tatod

Description: Kes pembunuhan kanak-Kanak Nigeria berusia lima tahun, Hanifa Abubakar mencetuskan kemarahan rakyat di negara itu.

Kes pembunuhan kanak-Kanak Nigeria berusia lima tahun, Hanifa Abubakar mencetuskan kemarahan rakyat di negara itu. 

Laporan kejadian yang tular di media sosial menyebabkan seluruh negara turut sama meratapi kematian Hanifa dan menuntut mahkamah agar menjatuhkan hukuman setimpal ke atas lelaki berkenaan.

Hanifa yang bersekolah di Noble Kids Nursery and Primary School, Kano diculik pada 4 Disember lalu. Bagaimanapun, jasad kanak-kanak perempuan yang sudah reput itu hanya ditemui pada Khamis lalu selepas suspek mengakui jenayahnya.



Lokasi Mayat Hanifa Ditanam


Kanak-kanak itu diculik Tanko Abdulmalik, pemilik sekolah dan juga guru di tempat Hanifa belajar. Dia melakukan jenayah itu ketika Hanifa dalam perjalanan pulang ke rumah. 

Berdasarkan pengakuannya, dia menculik Hanifa untuk menuntut wang tebusan kira-kira AS$14,600 (RM61,122.90). 

"Saya membawanya pulang ke rumah dan menipu isteri mengatakan dia anak kepada rakan sekerja wanita dan merayu agar saya menjaga anaknya buat beberapa hari kerana dia sedang melancong. Atas alasan itu, isteri saya bersetuju.

"Saya mulai bimbang apabila kanak-kanak itu mengenali saya. Lima hari selepas berita kehilangan Hanifa tersebar, beberapa orang guru datang ke rumah. Saya dapat rasakan mereka dihantar untuk bertanyakan hal itu. Saya kemudian terfikir untuk membunuhnya.

"Dua minggu kemudian, sekitar jam 11 malam, saya kejutkan Hanifa yang sudah tertidur. Saya berikan air teh yang sudah diletakkan racun tikus dan menyuruhnya minum. Saya menanam mayatnya di perkarangan sekolah kerana ia terlindungan daripada orang ramai," katanya.




Walaupun sudah membunuh Hanifa, dia tetap meneruskan agendanya untuk mendapatkan wang tebusan berkenaan. Tanko bagaimanapun ditahan ketika berada di lokasi yang ditetapkan untuk mengambil wang berkenaan.

Menurut salah seorang anggota keluarga Hanifa, Tanko adalah antara orang pertama menziarahi ibu bapa mangsa. Dia datang dengan linangan air mata dan menenangkan mereka. Kepercayaan yang wujud atas dasar hubungan antara ibu bapa dan guru menyebabkan Tanko adalah orang terakhir dalam senarai suspek.

Sementara itu, rakannya, Hashimu Isyaku turut ditahankan atas kesalahan dengan membantu Tanko melupuskan bukti dengan mengali lubang untuk menanam mangsa. Bagaimanapun, Isyaku mendakwa lubang berkenaan adalah untuk mengebumikan bayi jirannya yang meninggal dunia. - CARI

Sumber: The Cable dan Daily Trust

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orangbiasaje 24-1-2022 07:40 PM
Harapkan pegar, pegar makan padi. Harapkan guru, guru yang bunuh murid sendiri...
Quote epal21 24-1-2022 10:14 PM
Comelnya, Hanifa. Semoga rohnya dirahmati Allah.
Quote missyL 24-1-2022 10:27 PM
Bini pn caya je.
Xde berita ke kt sane. Xde gmbr ke.
Kesian bdk x berdosa. Agknye anak org kaya..

Quote tumpanglalu74 25-1-2022 12:49 AM
Muke evil..  
Quote faraway1 25-1-2022 02:47 AM
Cantiknya arwah. Sampai hati betul
Quote farhana008 25-1-2022 07:28 AM
Comel budak nya
Quote delsmomm 25-1-2022 07:34 AM
comelnya hanifa.. jahatnya tanko ni..mcmana boleh jadi guru dgn hati hitam mcmni..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.049335 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top