Muat naik terkini pelakon jelita, Jasmine Suraya Chin mencuri perhatian ramai rakan artis dan peminatnya di Instagram.
Aktres berbakat ini memuatnaik foto penampilan terbaru dirinya dengan potongan rambut pendek dan kelihatan tubuh badan yang agak berisi dari biasa. Jasmine memaklumkan sebenarnya ini merupakan kali ke-100 dirinya memotong rambut demi menjayakan watak yang dibawa. Malah aktres ini juga mendedahkan bahawa ini juga kali pertama dirinya memotong rambut sependek itu. Jasmine juga mengatakan selain perlu memotong rambut pendek, aktres berbakat ini perlu menaikkan berat badannya sebanyak 8 kilogram dan kini dirinya berjaya naikkan berat sehingga 5 kilogram.
“Saya tak aktif di media sosial kebelakangan ini kerana rasa lebih baik jauhkan diri seketika dan cuma memerhati. Nielah kali ke-100 saya potong rambut pendek, tapi nielah kali pertama saya potong rambut saya sependek ini – potongan lelaki atau potongan pixie katanya.
|
nordin84 replied at 25-1-2022 07:55 AM
keje dgn cyst ke?pttla nk rambut pendek.. dulu jena pun rmbut pndek keje dgn cyst
ADVERTISEMENT