CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Doa Isteri Mustajab- Jasmin Hamid Sebak Tengok Bella Astillah Menangis Aliff Aziz Menang

24-1-2022 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2278| Komen: 18

Description: Berita kemenangan Aliff Aziz sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) malam tadi masih hangat diperkatakan, apatah lagi ini merupakan perjalanan baru buat Aliff untuk kembali aktif dalam arena sen ...
Berita kemenangan Aliff Aziz sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) malam tadi masih hangat diperkatakan, apatah lagi ini merupakan perjalanan baru buat Aliff untuk kembali aktif dalam arena seni tempatan.


Melihat kemeriahan malam tadi, video wajah Bella Astillah yang sebak dengan kemenangan suaminya itu mencuri tumpuan orang ramai termasuklah pelakon veteran tanah air, Jasmin Hamid.

Jasmin Hamid memuat naik video momen Bella Astillah menangis terharu tatkala mendengar suaminya dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-8, bersama kapsyen istimewa untuk Bella di Instagramnya.

Foto: IG

“DOA isteri adalah MUSTAJAB..


TANGISAN GEMBIRA seorang isteri yang sentiasa menjadi pendorong pada seorang suami untuk terus maju dan berdiri tegak..

Walaupun satu ketika, ramai yang pandang hina pada suaminya kerana kekhilafan suaminya, namun beliau tidak pernah patah semangat dan sabar..



Tetap berikan peluang pada si suami untuk perbaiki diri dan perkahwinan mereka.. Ini lah ganjaran dari Allah di atas kesabaran, pengorbanan dan kesetiaannya terhadap suami tercinta..

REZEKI, JODOH dan AJAL MAUT adalah RAHSIA ALLAH.. Syukuri nikmatNYA.. ALHAMDULILLAH. Tahniah @iamaliffaziz dan @bellaastillah. ALLAH MAHA BAIK.. Hebat bukan?” tulisnya.

Melihat muat naik pelakon veteran tersebut di Instagram menarik perhatian ramai, dan rata-ratanya memberi komen setuju dan menyokong apa yang dikatakan oleh Jasmin Hamid istimewa buat Bella di media sosial.



Mana tidaknya wanita berhati cekal ini lah yang banyak berkorban dan sanggup memberi peluang kedua buat Aliff untuk berubah menjadi insan yang berjaya pada hari ini.

“Alhamdulillah.. Tahniah doa dan berkat kesabaran seorang isteri”

“Syukur alhamdulillah saya pun suka Aliff menang, berkat kesabaran Bella. Aliff pun banyak berubah, tengok dia sujud syukur tu buat saya sebak je”

“Ya… Setiap orang berhak dapat peluang ke 2.. Dia memang wanita yang kuat…”

“Kata-kata yang bagus! Syukur Alhamdulillah, tahniah @iamaliffaziz,” komen mereka.

Kejayaan Aliff Aziz dinobat sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-8 membuatkan orang ramai tidak sabar menanti buah tangan anak jati Singapura ini akan datang. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikpisang 24-1-2022 01:28 PM
Makin belambak la thread putik dan bini capub dia lpsni
Quote helicornia 24-1-2022 02:51 PM
Halah halah...
Quote AWEKSAMURAI 24-1-2022 02:56 PM
Pakat menumpang lahai .
Quote cikatilia 24-1-2022 03:43 PM
doa menang pertandingan menyanyi hahahaha
hallah halla...
Quote bankerpencen 24-1-2022 03:52 PM
Eww. Bella tu berharap laki putik jagung dia menang sebab career dia sendiri ke laut je. Rupa takde, bakat takde… terpaksalah menumpang tok lakinye
Quote hzln 24-1-2022 04:19 PM
Retis2 ni pelik2 ajer
Berkat doa istri, menang gv
Berkat doa masa buat umrah, blh masuk ajl
Quote bedahmenjuyah 24-1-2022 04:24 PM
Sakit nya perut aku. Ni benang kat lawak jenaka ke ni?
Quote princessmiang 24-1-2022 04:25 PM
overnye la nyehhh...sape yang masuk pertandingan? laki ke bini? yang laki menonggang agama, yang bini menonggang laki sebab gile nak femes
Quote mesmerize 24-1-2022 04:26 PM
Nak habaq awal2.. diamlah bella
Quote princessmiang 24-1-2022 04:27 PM
macam incess cakap semalam, benda2 lagha, maksiat macam pertandingan nyanyian ni janganlah nak campur adukkan dengan agama, dia takkan boleh bersatu,,, ibarat minyak dan air.. ni dok menonggang dengan hos dok berselawat la kaitkan lagu utk Tuhan, Nabi bagai..
Quote tikusmontok 24-1-2022 04:59 PM
Muntah tgk hos manjang berselawat bila ngan putik, menonggang tak hingat
Quote TeropongThaico 24-1-2022 06:51 PM
Ai ingat ai sorg je rengsa dgn hos yg ghairah nak tunjuk deme ni very islamic gitew. Tpt maksiat nyanyi2 gelek2 kot. Berpada2 la tonggang tu
Quote caprut 24-1-2022 07:06 PM
princessmiang replied at 24-1-2022 04:25 PM
overnye la nyehhh...sape yang masuk pertandingan? laki ke bini? yang laki menonggang agama, yang bin ...

Jgn la percaya penunggang agama. Klo btol2 nk brubah snyap2 je sbb tkot trbabas
Quote Minyakyuyi 24-1-2022 07:32 PM
Jgn xtw bini tokram pn puji masakan bella sedap..sheols kan ada hantar laksa kt tinyah..
Quote Paiya 24-1-2022 09:36 PM
sian Bella dihina lagi
tapi..
dia memang 'istimewa'
tak ramai isteri yang tahan macam dia

tahniah Aliff
Quote Lampuled 24-1-2022 09:48 PM
Maksudnya yg tak berjaya tu sbb doa isteri dia tak power ke?
Quote rosevelvet 24-1-2022 10:00 PM
Lampuled replied at 24-1-2022 09:48 PM
Maksudnya yg tak berjaya tu sbb doa isteri dia tak power ke?

Isteri peserta lain x mustajab sbb byk dosa mungkin. Doa bini alif mustajab sbb dia solehah n tawadduk
Quote Lentera 24-1-2022 10:24 PM
Pempuan ni memang propa

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.051665 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top