CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Norlia Ghani Dikutuk, Dah Tua Masih Tergedik-Gedik Nak Berlakon

24-1-2022 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5713| Komen: 47

Description: Kata-kata negatif yang menganggap dirinya sudah tua untuk berada di set penggambaran tidak mematahkan semangat Norlia Ghani untuk terus menerima tawaran.
Kata-kata negatif yang menganggap dirinya sudah tua untuk berada di set penggambaran tidak mematahkan semangat Norlia Ghani untuk terus menerima tawaran.

Norlia atau nama sebenarnya Norlia Ghani Abdul Hamid, 73, berkata, umur bukan penghalang untuk dia terus mencari rezeki dalam bidang itu selagi kesihatannya mengizinkan.


Foto: IG

“Memang ada mulut-mulut yang kata sudah tua-tua pun masih tergedik-gedik lagi.

“Kalau dengar cakap orang boleh jatuhkan semangat, ibarat mereka yang tentukan hidup saya. Saya tak pernah ambil peduli semua itu.


“Sekarang ini saya hanya mahu cari rezeki. Tuhan beri saya kebolehan untuk berlakon, apa salahnya untuk terus melibatkan diri dalam dunia seni.

“Saya mula berlakon sejak 1968, hidup saya dah biasa dengan produksi,” ujar Norlia kepada mStar.



Norlia Ghani ditemui dalam sebuah majlis meraikan artis veteran anjuran Dulang Cafe di Danau Kota, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, Norlia yang sudah berkecimpung dalam kerjaya ini selama 54 tahun meluahkan rasa terkilan dengan cara kerja produksi sekarang yang tidak meletakkan had masa bekerja.

Katanya, masa penggambaran yang terlalu panjang antara faktor yang diambil kira jika menerima sesuatu tawaran.



Selain itu, kata Norlia, bayaran yang tidak setimpal untuk golongan pelakon seusiannya juga tidak pernah dipandang serius bagi pihak produksi.

“Dahulu kami bekerja dari pukul 8 pagi sehingga 10 malam. Sekarang ini kalau boleh bermula pagi hingga ke pagi esoknya. Memang tak larat.

“Saya terima tawaran apabila watak bersesuaian dan bayaran yang setimpal.



“Ada yang memberi tawaran tetatpi bayaran sedikit kerana mereka anggap pelakon lama seperti saya akan terima sahaja disebabkan tiada job lain.

“Disebabkan mereka ikut permintaan hero dan heroin, bayaran untuk pelakon lain dikurangkan. Mana boleh begitu. Kita sama-sama berlakon, bukan saya datang hanya duduk di lokasi.

“Bukan saya demanding, tetapi perlulah berpatutan. Jika kerja tidak ikhlas, nanti tak menjadi hasilnya,” jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 24-1-2022 12:02 PM
Teringat filem bisikan cinta. Ayu dan mak si ayu buli si johari.
Quote mat_arof 24-1-2022 12:13 PM
kt hollywood

Meryl Streep yang dah umur 70an pun masih lagi berlakon..

banyak artis wanita Hollywood cth Michelle pfeiffer, Annette Benning dan ramai lagi yang umur 60 tahun70 tahun still berlakon
ok je...peminat boleh je terima
Quote Thunderclouds 24-1-2022 12:28 PM
Helo. Dia dh berusia. Dolu2 hot weh. Hgpa sendri sarung bikini pn xsanggup hadap cermin. Dia dlu leklek ja bbikini dlm sikit punya gila. Ke i salah petik?
Quote danieladam 24-1-2022 12:29 PM
mat_arof replied at 24-1-2022 12:13 PM
kt hollywood

Meryl Streep yang dah umur 70an pun masih lagi berlakon..

Org melesia, apa nak heran. Tok ti yang baru 43 tahun dan sedang aktif dalam bidang nyanyian pon disuruh berenti menyanyi dok umah jaga anak.

Ini kan pula mama norlia yg umo 73. Padahal org tu sihat lagi nak keje. Mungkin juga mmg mata pencarian dia.

Suka suka je suruh org berenti keje. Mama norlia bukan tibaiunta!
Quote mohdcrow 24-1-2022 12:30 PM
ni memang ada orang cakap ke atau saja nak create berita?
Quote hotmak 24-1-2022 12:31 PM
dah ada yang nak dia berlakon, biarlah, dia rasa masih mampu dan sihat, kurang2 ada income sendiri, karang dia dok meminta2 netizen juga cerca tak cukup tanah
Quote bulalof 24-1-2022 01:06 PM
harap dpt byk job ni x perlu mengemis lagi. ramai lagi rakyat marhaen yg ketinggalan disebabkan tiada publisiti mcm nenek ni.
Quote asamfish 24-1-2022 01:07 PM
Org kita ni asal umo2 50an je kena pencen...disuruh gi sejid....asal umo2 7an je disuruh duduk liyam2 di rumah....padahal kalau tak kerja, segala penyakit akan menyinggah...lemah lotai...selain dari cari rezeki, bekerja juga boleh menyihatkan mental dan fizikal
Quote naisyahmh 24-1-2022 01:23 PM
asamfish replied at 24-1-2022 01:07 PM
Org kita ni asal umo2 50an je kena pencen...disuruh gi sejid....asal umo2 7an je disuruh duduk liyam ...

Betul tu setuju sangat.. kenapa tah sibuk sgt nak suruh orang berhenti kerja.. dia ke nak bg makan kallau x pergi kerja.. Allah bagi nikmat kesihatan boleh cari rezeki jgn sia2kan.. kerjapun ibadah juga... kerja je kalau masih larat & kuat dari dok rumah terbongkang atas katil dok pegang handphone.. ke masjidnya tidak..
Quote azimodin 24-1-2022 02:39 PM
Thunderclouds: Helo. Dia dh berusia. Dolu2 ho ...


Betul la Sikit Punya Gila. Ada scene acik norlia pakai bikini disamping usop haslam di port dickson. First time tengok citer tu masa sekolah menengah (2005-2007), terkejut tengok dalam filem melayu ada scene bikini. Ingatkan aksi berkemban filem tarzan je yg dasyat.
Quote azimodin 24-1-2022 02:40 PM
Norlia berlakon ok je.. mmg sesuai sangat watak nenek2 yg kasihan. Yg x best di poziah sambal hitam.
Quote missbigrockstar 24-1-2022 02:44 PM
Biarlah dia berlakon cari rezeki, mewarnai industri seni. Lakonan dia hidup dan bersahaja. Acik Norlia, fauziah nawi, arwah mahyon ismail. Depa ni favourite aku.
Quote missbigrockstar 24-1-2022 02:47 PM
mat_arof replied at 24-1-2022 12:13 PM
kt hollywood

Meryl Streep yang dah umur 70an pun masih lagi berlakon..

Anthony Hopkins dah 84 tahun siap menang Oscar lagi last year.
Quote kucingitam 24-1-2022 05:33 PM
eh best pe dia berlakon..kalau tak korang takkan sampai sekarang guna gelaran joyah tu..
Quote sharlenetexas 24-1-2022 05:39 PM
Thunderclouds replied at 24-1-2022 12:28 PM
Helo. Dia dh berusia. Dolu2 hot weh. Hgpa sendri sarung bikini pn xsanggup hadap cermin. Dia dlu lek ...

Dalam adik manja jadi nurse pun lawa.

Quote Fly_over 24-1-2022 05:40 PM
norlia ghani pn ada haters ke? haritu kne compare dgn kavita sidhu. hamlau punya netizen. lakonan dia ok lg dr nek ogy, wan maimunah. bg iols.
Quote sharlenetexas 24-1-2022 05:41 PM
Kalau sis ketuk2 berlakon jadi tua mcm opah korang hencap juga. Apa lagi yg netizen mahukan?

Quote umbut 24-1-2022 09:17 PM
azimodin replied at 24-1-2022 02:39 PM
Betul la Sikit Punya Gila. Ada scene acik norlia pakai bikini disamping usop haslam di port dickso ...

Itu ok je.. scene tahun 70an normala omar bikini.. lagi hot. Ngan sofea jan bikini naik kuda..
Quote umbut 24-1-2022 09:19 PM
Berlakon je acik.. abaikan netz kepoh.. bukan diorang yg bagi kita makan..

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.320542 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top