London: Drama bersiri paling popular Netflix, Squid Game disahkan akan kembali untuk musim kedua dengan menampilkan perubahan besar dalam barisan pelakon.
Lapor Daily Star, kebanyakan pelakon musim pertama siri drama Netflix itu telah disingkirkan. Ketua Pegawai Eksekutif Netflix, Ted Sarandos memaklumkan kepada pelabur bahawa siri drama Korea Selatan itu akan menjadi francais besar untuk perkhidmatan laman penstriman. Sarandos berkongsi berita pengumuman itu ketika spekulasi mengenai masa depan drama bersiri tersebut heboh diperkatakan pelbagai pihak.
Sebelum ini, beberapa pelakon dan pengarah Squid Game, Hwang Dong-hyuk mendedahkan drama itu akan kembali semula. Langkah untuk membawa Squid Game musim kedua selepas Netflix mengesahkan drama bersiri itu menjadi paling popular dan paling tinggi tontonan di laman penstriman. Sementara itu, Netflix memaklumkan, pada musim luruh lalu, Squid Game musim pertama mencecah 111 juta peminat dalam tempoh 28 hari pertama tayangan sejak kali pertama ditayangkan pada September tahun lalu. Dalam satu majlis meraikan kejayaan Squid Game pada November lalu, Hwang menyatakan pihaknya sudah pun membuat rancangan untuk pembikinan Squid Game musim kedua. Dong-hyuk juga mengesahkan pelakon Lee Jung-jae akan kembali semula memegang watak utama sebagai Seong Gi-hun. -CARI Sumber: Utusan Online
|
ellejo replied at 24-1-2022 11:59 AM
masukkan lee jin wook boleh? hot ahjussi sangat.
mbhcsf replied at 24-1-2022 05:41 AM
hahaha penangan Bulgasal ke ni ? Lee Joon tak nak ? best mamat ni ...
ellejo replied at 24-1-2022 02:37 PM
i mmg minat lee jin wook ni dari goodbye mr black. pastu tgk sweet home , dgn bulgasal
bulgasal t ...
Roan replied at 24-1-2022 01:26 PM
Benci betul drama korea di Netflix yang telah di western kan.. berseason-season penat.. sekar ...
heythere123 replied at 24-1-2022 01:14 PM
obviously la kena rombak the line-up sebab kebanyakan watak utama kan dah mati dalam S1
cmf_premierleag replied at 24-1-2022 06:38 PM
Tu la pasal.sah2 la ramai dh mati kan ms S1 dulu.
So kene la gantikan dgn muka baru kan..takkan te ...
ADVERTISEMENT