Alabama, Amerika Syarikat – Sekumpulan doktor di negeri Alabama dilaporkan berjaya memindahkan sepasang buah pinggang babi yang diubah suai secara genetik kepada seorang lelaki yang mati otak, lapor laman berita Wion News.
Pembedahan unik yang pertama di dunia itu dijalankan di Universiti Alabama, Amerika Syarikat (AS). Lelaki bernama Jim Parsons, 57, diisytiharkan mati otak selepas mengalami kemalangan basikal pada September tahun lalu. Keluarga Parsons memberi kebenaran kepada doktor-doktor tersebut untuk meneruskan pembedahan kerana buah pinggang pesakit telah dikeluarkan. Mereka kemudian menanam dua buah pinggang babi yang diubah suai secara genetik ke dalam badan pesakit itu.
Laporan mendakwa kedua-dua organ tersebut mula berfungsi sejurus selepas pembedahan dijalankan. Dalam kejadian yang lain, sekumpulan pakar bedah dilaporkan berjaya memindahkan jantung babi yang turut diubah suai secara genetik kepada seorang lelaki. David Bennett menjadi lelaki pertama yang menjalani pemindahan jantung yang unik itu. Menurut laporan, terdapat 100,000 warga AS yang sedang menunggu untuk pendermaan organ ketika ini. – CARI Sumber: Kosmo
|
kelapaparut replied at 24-1-2022 10:03 AM
sbb tu kot islam xbg mkn babi, kite dgn babi ni serupe, so kite xleh kanibal sesame species.
tumpanglalu74 replied at 24-1-2022 12:01 PM
Rupenye di akhir zaman martabat babi diangkat setinggi manusia..
n3ar replied at 23-1-2022 08:28 PM
apsal tak tukar otak ke otak babi jer
n3ar replied at 24-1-2022 12:28 PM
apsal tak tukar otak ke otak babi jer
ellejo replied at 24-1-2022 12:17 PM
babi banyak kegunaan. tak paham kenapa diharamkan sebegitu rupa. dalam forensik pun babi juga diguna ...
ADVERTISEMENT