CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anna Jobling Tak Suka Digelar Mat Salih, Bangga Asal Melaka Tapi Tak Cakap Kasar

24-1-2022 09:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14373| Komen: 166

Cara percakapan yang lemah lembut membuatkan peminat tidak menyangka pelakon berdarah kacukan Melayu dan Inggeris, Anna Jobling sebenarnya berasal dari Melaka.


Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, berkata, ramai pengikut media sosial yang menganggap karakter dirinya tidak seperti berasal dari negeri bersejarah itu.


Foto: IG

"Ramai terkejut apabila saya kongsi di Instagram Story kerap berada di Melaka, ramai mesej tanya saya orang Melaka ke? Bila saya beritahu saya orang Melaka mereka terkejut sebab katanya saya tak kasar dan lembut sahaja.

"Orang Melaka ni memang nampak kasar dan lantang dalam percakapan tapi sebenarnya itulah cara kami... kalau orang yang tak kenal mesti ingat kami macam tengah marah, tapi jangan risau kami sangat friendly.


Anna dan ibu





"Walaupun saya dari Melaka tapi saya tak membesar di sana, jadi mungkin itu sebab saya tak lantang atau kasar macam mereka, cuma saya kerap pulang ke kampung ibu di sana dan kebanyakan saudara-mara saya memang style orang Melaka.

"Saya okay sahaja berbual dengan mereka sebab dah terbiasa... memang riuh dan seronok kalau dapat berjumpa, sejujurnya saya bangga untuk mengakui saya orang Melaka," katanya kepada mStar.



Membesar dalam dua budaya berbeza, pelakon drama Oh My Hantaran ini berkata dia tidak melihat hal itu sebagai satu cabaran atau kesukaran.

Ini kerana dia sudah terbiasa mengadaptasi kehidupan mengikut dua budaya itu sejak daripada kecil lagi.


"Bagi saya tak susah pun membesar dalam dua budaya berbeza sebab saya dah biasa sejak kecil lagi, saya dua budaya itu secara semula jadi. Lagi pula kita di Malaysia, kalau saya membesar di luar negara mungkin agak mencabar.

"Cabaran itu ada apabila saya masuk dalam industri kerana sebelum ini saya kurang bergaul dengan orang Melayu tapi sekarang saya bekerja dalam kelompok masyarakat Melayu dan pelbagai bangsa.

"Saya kena belajar lagi perbaiki cara percakapan bahasa Melayu saya... walaupun muka saya macam mat salih tapi saya tak nak dikatakan mat salih, saya nak orang tahu saya ada darah Melayu dan bangga jadi orang Malaysia," ujarnya.


Untuk rekod, Anna mula bergelar model sejak berusia 15 tahun dan mencuba nasib menyertai Dewi Remaja 2018/2019 ketika berusia 18 tahun.

Anna yang juga merupakan anak tunggal dilahirkan dan membesar di Kuala Lumpur.


Bapanya bekerja sebagai jurutera di syarikat minyak dan gas berasal dari United Kingdom dan ibunya berbangsa Melayu merupakan anak jati Melaka. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CauPandin 24-1-2022 10:01 AM
gambar sahaja dh berjelaaaaaa
Quote bottombikini 24-1-2022 10:05 AM
wajah mak dia & kulit begitu tu mmg lah dambaan mat-mat salleh
tapi hasilnya cantik

ada pelakon layangan putus tu yg watak miranda
aku pikir dia asli indo sbb wajah biasa2 tapi rupanya ada mixed ostrali
patutlah cakap slang2
Quote mamajawie 24-1-2022 10:07 AM
seb baik muka dia ni lawa..kiranya repair keturunan ni..huhu
Quote gelas_pelastik 24-1-2022 10:19 AM
bottombikini replied at 24-1-2022 10:05 AM
wajah mak dia & kulit begitu tu mmg lah dambaan mat-mat salleh
tapi hasilnya cantik

tapi tak nampak macam mix si miranda tu kan. speaking best la dengar
Quote bottombikini 24-1-2022 10:21 AM
gelas_pelastik replied at 24-1-2022 10:19 AM
tapi tak nampak macam mix si miranda tu kan. speaking best la dengar

haah biasa2 je
tu pun dinobat puteri indonesia

lawo lagi si puteri marino tu


Quote dudaberhias 24-1-2022 10:25 AM
iols hampir hengat yang gelap tu bibik timor leste yang jaga sheolsss... rhopernya mak sheols yach... betul2 dapat perbaiki keturunan tapi sayangnya sorang je ke anak maknya...
Quote lasagna 24-1-2022 10:28 AM
lahh anna ni mak nya melayu kaa? islam ghupanya..
Quote chinta89 24-1-2022 10:28 AM
"Orang Melaka ni memang nampak kasar dan lantang dalam percakapan tapi sebenarnya itulah cara kami... kalau orang yang tak kenal mesti ingat kami macam tengah marah, tapi jangan risau kami sangat friendly.


yelah tp jgn lupa dia jgk ular dlm dewi remaja dlu.. aku tak kata org lain minum arak tu btl, terang2 salah. tp kenapa nak jahanamkan karier kawan2 mcm tu.

retis lain pun blambak je minum2 gtu tp xde la kawan2 pedajal smapai tenggelam karier semua kawan.
Quote puanbintang 24-1-2022 10:48 AM
mak dia biasa2 je tapi dia lawa..agaknya ayahnya kategori kacak jugak ni
Quote prince_marhaen 24-1-2022 10:52 AM
mati-mati iols ingatkan sheols sumandak atau unduk ngadau dari sabah/sarawak sana.... mak sheols sangat eksotik ye, tak sia-sia dapat sambar jejan kaukasian...menjadik mixed breed dia...
Quote prince_marhaen 24-1-2022 10:54 AM
chinta89 replied at 24-1-2022 10:28 AM
yelah tp jgn lupa dia jgk ular dlm dewi remaja dlu.. aku tak kata org lain minum arak tu btl, tera ...

sheols batch dewi ditarik balik hanni hanna yang cerita kulit gelap sepanjang karier tu ke?
Quote kechikchomel 24-1-2022 11:18 AM
memula iolss igt dia asal borneo. pastu baca tajuk sini n tengok muka mak dia, iolss ingat mak dia org portugis. skali baca artikel, mak dia melayu.
Quote mizruncing 24-1-2022 11:33 AM
mak dia org ape? memang terkejut gak mula2 tgk dlu. tak sangka mak kandung
Quote fido_dido 24-1-2022 11:44 AM
iols teringat kt u dulu sorg kawan dr melaka ni selalu duk bangga ckap kasar mencarut2 dgn alasan dia org melaka dh biasa katanya.
sekali dia  tejumpa org kedah lagi hebat carutannya terus menikus hilang segala 'melaka' dia

untuk tak OT, iols ingt pempuan sebelah sheols tu bibik dia
Quote chinta89 24-1-2022 11:57 AM
prince_marhaen replied at 24-1-2022 10:54 AM
sheols batch dewi ditarik balik hanni hanna yang cerita kulit gelap sepanjang karier tu ke?

yes, batch yg penuh kontroversi.

batch sama dengan haneesya hanee (juara yang ditarik balik) , fazren fazera (awek mas Khas, dh clash ada bf baru), ernisha (muka iras lopa. dh buka tudung dan menyeksi).


sekalipun bebudak tu salah, tp tak salahnya bhati2 bkawan dgn org mcm anna ni. sb org mcm ni bahayaaa, dia akan bongkar dan jatuhkan org lain.

iols takod org mcm nih utk dibuat kawan. tikam belakang..
Quote Tembikaigoreng 24-1-2022 12:07 PM
chinta89 replied at 24-1-2022 10:28 AM
yelah tp jgn lupa dia jgk ular dlm dewi remaja dlu.. aku tak kata org lain minum arak tu btl, tera ...

Memang dia ke ular tu? Dia nie memang cantik
Quote orkidorkido 24-1-2022 12:24 PM
Mana gambar bapak? Mix malay rupanya, ingatkan serani. Mak dia memang wajah authentic yang matsaleh suka. Dia kira menjadi sangatlah
Quote deebiz14 24-1-2022 12:30 PM
Cantek, tapi cantek tipikal mat saleh biasa2. Dan nampak matured yach ingat da 28++ ker.
Quote fadz84 24-1-2022 01:59 PM
Ada iras2 kudsia kahar..

Lihat semua komen(166)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.093766 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top