CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hikmah Dijangkiti Covid-19- Mawar Rashid Tak Payah Susah Diet, Berat Dah Turun

24-1-2022 09:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1718| Komen: 9

Description: Pernah diuji dijangkiti wabak Covid-19 pada Julai tahun lalu, pelakon Mawar Rashid mengakui berat badannya turun mendadak akibat kesan jangkitan virus itu.
Pernah diuji dijangkiti wabak Covid-19 pada Julai tahun lalu, pelakon Mawar Rashid mengakui berat badannya turun mendadak akibat kesan jangkitan virus itu.

Menurut Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, dia hilang selera makan selama sebulan sehingga berat badannya turun sebanyak lima kilogram.


Foto: IG

"Memang satu pengalaman yang mencabar sebab bukan saya saja yang dijangkiti, malah suami, anak saya dan ibu saya sampai tahap empat.

"Saya dijangkiti teruk sehingga berat badan saya turun lima hingga enam kilogram. Sebab bila sakit sangat, kita tak boleh nak makan sehingga badan saya jadi lemah, lesu dan mudah penat.


"Dan selepas itu saya mengambil masa lebih sebulan untuk sembuh dan kembali bertenaga," kata Mawar kepada mStar.



Mawar ditemui ketika majlis pelancaran produk terbaharu pelakon Janna Nick iaitu White Fluffy di De.Wan 1958 by Che Wan @ The Linc, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-33 itu bagaimanapun menganggap ujian yang dilalui itu mempunyai hikmah tersendiri apabila dia tidak perlu mengamalkan diet untuk menurunkan berat badannya.



"Sebenarnya sebelum disahkan positif COVID-19 saya memang berusaha untuk menurunkan berat badan tapi agak sukar. Tak sangka berat badan saya turun disebabkan virus itu.

"Sebelum dijangkiti berat badan saya 52 kilogram dan sekarang 47 kilogram. Jadi, sekarang saya hanya menjaga pemakanan supaya berat badan tak naik lagi," katanya.

Pada Julai tahun lalu, Mawar dan suami Raf Yaakob serta dua anak, Raden Muhammad Rafael, 2, dan Raden Seri Rosabella Cinta, 12 bulan disahkan positif Covid-19.


Dalam perkembangan lain, pelakon drama Malaysian Ghost Stories itu berkata dia merancang untuk kembali aktif berlakon pertengahan tahun ini.

"Jadi mungkin selepas Hari Raya Aidilfitri saya mula kerja balik. Sebenarnya tawaran banyak dan ramai yang bertanya tapi buat masa saya tak menjayakan apa-apa sebab nak rehat buat sementara waktu.



"Sebab kalau saya terikat dengan penggambaran, saya akan sibuk, jadi kasihan pada anak rindu pada saya. Jadi insya-Allah selepas Hari Raya, saya mula balik," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 24-1-2022 09:14 AM
hikmahnya sebab dpt kuruskan badan? itu yg plg penting? itu bukan hikmah. fahamilah maksud sebenar hikmah.
Quote prince_marhaen 24-1-2022 11:01 AM
hikmah kurang sikit menempel tanpa produk seni di media sosial dan berita hiburan, termasuk laki sheols yang annoying good-good macam abang ipar sheols. kekalkan momentum ya.
Quote 234126 24-1-2022 11:49 AM
Aku tak paham orang yg ambik hikmah camgini. Mungkin la kot dia bergurau atau dia betul seorang yg shallow. Biar la tak cantik pun asalkan otak tu cerdik. Pada iol la hahaha
Quote kakigojes 24-1-2022 12:06 PM
bulalof replied at 24-1-2022 09:14 AM
hikmahnya sebab dpt kuruskan badan? itu yg plg penting? itu bukan hikmah. fahamilah maksud sebenar h ...

Agreed with your statement
Quote Cpkay 24-1-2022 12:07 PM
beauty with no brain
Quote Suchi 24-1-2022 12:11 PM
Berat yg turun tu sementara je sbb tak lalu makan. Nnt ko makan naik la balik kalau ko nak kekalkan dia kena tak makan la.

Quote yondu 24-1-2022 02:27 PM
dia ni mmg x bijak kan. teringat dia ni time program ape tah pergi tny maksud gst. hmmm
Quote juruterra 26-1-2022 04:08 PM
52kg tu dh ok, 47 kurus kering (jeles mode sbb iols pun nk berat 47kg juga)
anyway kalua ko x jaga makan naik la balik badan tu. xyah la buat statement gini
Quote primarikey 26-1-2022 07:17 PM
Suchi replied at 24-1-2022 12:11 PM
Berat yg turun tu sementara je sbb tak lalu makan. Nnt ko makan naik la balik kalau ko nak kekalkan  ...

Rasanya hilang air dlm bdn je tu

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.046685 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top