Pelakon dan pengacara popular Uyaina Arshad mengundang simpati dan emosi selepas berkongsi keratan akhbar berita kematian bapanya, Allahyarham Leftenan Komander Arshad Ibrahim di Instagramnya.
Menurut Uyaina, 30, arwah bapanya yang berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah meninggal dunia hampir 25 tahun dahulu di New Zealand ketika dia berusia lima tahun. Bukan mahu mengundang simpati, sebaliknya tujuan Uyaina berkongsi keratan akhbar berkenaan adalah untuk mempromosikan single pertamanya bersama suami, Raja Syahiran yang berjudul Hingga Akhir Waktu.
“Sebenarnya keluarga dan rakan rapat memang tahu kisah kehidupan saya, cuma pengikut di Instagram memberi pelbagai reaksi. Ada yang terkejut kerana tidak tahu mengenai perkara tersebut. “Itu adalah keratan akhbar asli. Sebenarnya keratan akhbar berkenaan tiada dalam simpanan kami tidak tahu hilang ke mana, nasib baik ada kenalan yang simpan dan hantar kepada kami. Jadi, saya selitkan keratan akhbar tersebut video muzik Hingga Akhir Waktu,” ujar Uyaina ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.077455 second(s), 29 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.