Malang nasib seorang mekanik apabila kereta Ferrari jenis Enzo bernilai £2.5 juta (RM14.26 juta) yang dipandunya untuk dihantar kepada pengedar kenderaan merempuh sebatang pokok, lapor laman berita Metro UK semalam.
Dalam kejadian di bandar Baarn, selatan Amsterdam, Belanda itu, pemandu berkenaan tidak cedera, namun dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut. “Pengedar kenderaan tempatan itu berada hanya dua kilometer dari kawasan kejadian. Kereta itu adalah milik pelanggan.
“Ia melanggar tunggul pokok di tepi jalan sebelah penumpang. Saya tidak pasti bagaimana ia berlaku,’’ jelas seorang saksi kejadian,’’ jelas seorang saksi. Hanya 400 Ferari jenis Enzo dikeluarkan antara tahun 2002 hingga 2004. Nilai kereta itu meningkat sejak awal pelancarannya yang bermula pada harga £450,000 (RM2.57 juta). Pada Ogos tahun lalu, sebuah kereta Enzo keluaran 2003 dijual oleh rumah lelongan Sotheby’s pada harga £2,463,132 (RM14.06 juta). Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT