Tindakan seorang lelaki memandu melulu hingga melanggar beberapa kenderaan ketika cuba meloloskan diri dari pemeriksaan polis mengundang padah apabila dia ditahan polis, semalam.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam kenyataan memaklumkan, terdahulu seorang pegawai dan anggota yang sedang membuat rondaan penguatkuasaan dan cegah kemalangan di Kilometer 43.1 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) melihat motosikal Unit Rondaan Bermotosikal (URB) mengejar sebuah kereta Satria Neo yang melanggar beberapa kenderaan ketika cuba meloloskan diri. Katanya, suspek kemudian berjaya ditahan di Kilometer 44.2, Lebuhraya Shah Alam arah Klang ke Kuala Lumpur. "Pemeriksaan lanjut bersama anggota URB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menemui tiga paket lutsinar dipercayai dadah jenis syabu. "Turut ditemui beberapa peralatan dipercayai untuk menghisap dadah, Suspek kemudian dibawa ke IPD Subang Jaya untuk tindakan lanjut," katanya. Sumber: Harian Metro
|
saviour_09 replied at 21-1-2022 07:58 AM
peliisss somebody crowdfunding penagih dadah ni
kesian dia banyak nak pakai duit jamin tu
Babai replied at 21-1-2022 08:29 AM
Kan. Hahahahaha
ADVERTISEMENT