CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Mabuk Didenda Cuci Rumah Mayat

21-1-2022 05:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 933| Komen: 4

Pihak berkuasa bandar Kaohsiung, Taiwan dilaporkan mengenakan denda terhadap pemandu mabuk dengan mengarahkan pesalah untuk membersihkan rumah-rumah mayat, lapor laman berita Oddity Central semalam.


Hukuman tersebut dikenakan bagi membiarkan pesalah mengalami sendiri situasi dekat dengan kematian. 


Kredit foto: Oddity Central

Bulan lalu, bandar itu digemparkan dengan kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk yang mengakibatkan seorang lelaki maut dan tiga yang lain cedera. 

Datuk Bandar Kaohsiung, Chen Qimai memaklumkan bahawa mereka yang disabitkan kesalahan sedemikian atau berdepan  penangguhan pendakwaan, perlu didenda melakukan kerja kemasyarakatan di rumah-rumah pengebumian tempatan. 



Kredit foto: Oddity Central

Beberapa hari lalu, kumpulan pertama seramai 11 pemandu mabuk diarahkan menjalani hukuman tersebut di Pejabat Pengurusan Pengebumian Bandar Kaohsiung.

Mereka diarahkan membersihkan bilik mayat, peti penyejuk mayat dan tempat pembakaran mayat.

Setiausaha Hal Ehwal Awam, Yan Qingzhi berkata, pihaknya dengan tegas melaksanakan inisiatif sifar pemandu mabuk.


Kredit foto: Oddity Central

Pihak berkuasa berharap agar denda sedemikian dapat membantu pesalah untuk berwaspada dengan keselamatan diri sendiri, menghormati nyawa orang lain, tidak  memandu semasa mabuk, meningkatkan keselamatan jalan raya serta menghormati hak serta kepentingan pengguna jalan raya lain. 

Selepas empat jam menerima hukuman, pesalah tersebut menyatakan kekesalan atas kesalahan yang dilakukan dan tidak akan mengulanginya lagi. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shazid 21-1-2022 07:28 AM
Lagi bagus klu depa bantu uruskan org mati yg kene langgar pemandu mabuk sampai ditanam atau dibakar. Klu tak insaf lg tak taulah. Smlm staf iols motor die melambung kene langgar dengan pemandu mabuk di siang hari. nasiblah die ms tu tgh berteduh kat perhentian bas.
Quote venom1 21-1-2022 07:31 AM
kalau kat Malaysia sesuai denda bantu pengurus jenazah mandikan jenazah mangsa kemalangan jalanraya.
Quote shernazz 21-1-2022 08:28 AM
Elok dilaksanakan hukuman sebegini kat.malaysia...
Jail tak.cukup...
Kasi.khidmat masyarakat.sebegini..
Hahahahaha
Quote tumpanglalu74 21-1-2022 08:41 AM
Ade yang menentang kata takot terkene badi mayat le hape..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.100742 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top