Tular sebuah video TikTok memaparkan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mengesot menuruni anak tangga akibat lif di sebuah bangunan kerajaan di sini dipercayai rosak, tular sejak petang ini.
Difahamkan, video berdurasi satu minit tiga saat itu dirakam di Wisma Persekutuan, Kuantan. Kejadian itu membabitkan pegawai daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) yang mana pejabatnya berada di tingkat tiga bangunan tersebut.
Turut dilihat dua lelaki yang menemaninya dan salah seorang daripadanya sedang mengangkat kerusi roda milik penjawat awam berkenaan. Video itu juga memaparkan permohonan agar pihak pengurusan bangunan supaya lebih cakna dan menyediakan kemudahan mesra OKU. VIDEO daripada aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki OKU mengesot menuruni satu persatu anak tangga akibat lif dalam sebuah bangunan kerajaan dipercayai rosak di Kuantan, Pahang. – VIDEO IHSAN MEDIA SOSIAL Susulan penularan video itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang berkata, siasatan segera akan dilakukan bagi mendapatkan gambaran jelas berhubung perkara itu. Chon Siang berkata, lif bangunan berusia 25 tahun itu didapati rosak sejak November lalu dan hanya dua daripada empat lif yang berfungsi dalam bangunan terbabit. Menurutnya, kesemua keempat-empat lif dijangka siap diganti baru sebelum Mei tahun ini. “Dua lif dalam proses penggantian manakala dua lagi lif yang masih berfungsi sebelum ini, salah satu darinya rosak akibat dimasuki air hujan. “Jadi, pihak pengurusan bangunan mendapati adalah tidak berbaloi dibaiki kerana dalam tempoh tiga atau empat bulan lagi kesemua lif akan diganti sepenuhnya dan kerja-kerja membaik pulih tersebut tetap akan dilakukan demi kebaikan semua,” katanya ketika dihubungi. Sementara itu, tambah beliau, terdahulu seorang pegawai kementerian perangkaan dari tingkat 11 pengsan ketika menggunakan tangga. “Pegawai itu menaiki tangga dan hanya sempat sampai di tingkat enam sebelum dipapah turun dan dihantar hospital,” katanya. Sumber: Utusan
|
Shazid replied at 21-1-2022 07:32 AM
Wisma persekutuan ni bangunan lama kan....Lif pun dah usang sama mcm bangunan. Selalu rosak
dua_chzy replied at 21-1-2022 08:55 AM
Ada juga la pro zaman sematfon zaman viral ni. Hapa2 yang berlaku, bila diviralkan, terus diambik ti ...
tripleid replied at 21-1-2022 09:48 AM
hazabnyalah pengurusan negeri Siti Nurhaliza ni..padahal Agong dgn PM dua-dua asal sana
matchstick replied at 21-1-2022 08:34 AM
Ada lagi 2 lift boleh pakai..yg tak oku bagi la priority ke oku naik lift. Skrg dh la lift boleh mas ...
Skuau replied at 21-1-2022 09:53 AM
nt aku 'lebihkan' negeri aku..ko 'menyalak' ..jugak-piyem
ADVERTISEMENT