Perkongsian wanita di Facebook mendakwa penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah hanya mendapat nasi putih dan kuah sahaja mulai tular di media sosial.
Zurina Hassan mengemaskini status FB memohon penjelasan dari pihak berwajib mengenai penyediaan makanan RMT khususnya dari pihak sekolah tempat cucu saudaranya belajar.
Kata Zurina lagi, sebelum ini cucu saudaranya pernah mengadu makanan yang disediakan kurang enak namun mereka diajar untuk bersyukur kerana masih ada makanan untuk mengisi perut kosong.
Bagaimanapun, sebaik saja melihat makanan berkenaan, timbul rasa tidak puas hati lalu perkara berkenaan dikongsikan di FB.
Loading FB Post...
"Tidak tahu hal siapa dalam hal begini. Tapi perlu disiasat kenapa diberi makanan seperti ini kepada penerima RMT.
"Sudahlah senarai penerima RMT wajib hadir ke sekolah setiap hari tanpa penggiliran. Makanan begini yang dikatakan mampu memacu pendidikan kita?" katanya yang turut menyebut nama Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin.
Di ruangan komen, pemilik akaun FB menjelaskan kepada warga maya cucu saudara yang membawa pulang makanan itu tidak tersenarai sebagai penerima RMT.
Bagaimanapun, pada hari itu, ada pelajar yang tidak hadir menyebabkan ada lebihan makanan. Guru kemudian memberikan makanan berkenaan kepada cucu saudaranya yang berusia 12 tahun.
Mendapat perhatian ramai, warga maya masing-masing memberikan pendapat serta berkongsi pengalaman mengenai RMT.
Sementara itu, Radzi menerusi akaun Facebook memberikan kenyataan perkara akan disiasat lebih lanjut.
Katanya, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi dengan hal membabitkan kebajikan murid.
Loading FB Post...
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
RMT sek ank i ni takat 2-3hr mggu ni dok hidang ns lemak + air milo/oren. I tatau kos 1hidang rmt brapa tp ngn ns 1cup kecik ngn condiments ns lemak typical harga 1.50 (imho). Sedih jgk la tgk. Sedangkn kt kantin ns minyak sempoi aym kicap pn rega rm2. Ank i dok bwk blk mknan rmt bila ada student yg xhadir sekolah. Enough said i tgk mmg xlalu. Tempat lain mungkin ada yg senonoh penyediaan rmt I'm sure.
zaman mak aku niaga kantin sekolah dulu...mkanan anak2 RMT sama dgn makanan dan minuman anak yg di jual dikantin sekolah....
kadang2 RMT lebih lagi...siap package dgn kuih...abah kata sedekah jek la anak2 mkn...